Saturday, June 7, 2008

jalan-jalan hey..hey


Salam..sejahtera semua...hari ni saja nak tulis pasal "jalan-jalan cari makan" eh..bukan cari makan..tapi cari pengalaman dan pelajaran yang tak dapat nyer kat kedai-kedai ke..kat sekolah pun idok le dapat... Apa yang mai nak kongsikan ari ini adalah hanyalah sebutir pengalaman yang pastinya dalam lipatan sejarah hidup mai..setelah bergelar isteri dan ibu..

FEBB2005

Gambar disebelah ini ketika mai dan shah pergi ke Pesta Layang-Layang Antarabangsa yang setiap tahun diadakan di Pasir Gudang, Johor sekitar Februari. Pastinya anda ada yang pernah ke pesta layang-layang ni..Pastinya mai bangga sangat, PBT Pasir Gudang berjaya dengan komitment yang jitu membawa nama MALAYSIA menganjurkan acara yang cukup besar. Di sini..biasalah ramai orang, mai dan shah bertolak awal pagi untuk pastikan kami dapat 'parking' kenderaan dengan mudah. Masa ni Isma dalam 4 bulan..tapi syukur dia senang sangat dijaga..tak lah menangis atau meragam. Melihat si kecil teruja bila melihat rekabentuk layang-layang yang unik berterbangan..rasa berbaloi sangat kami pergi ke sana. Bayangkanlah sekecil tupun ..minat tengok pelbagai jenis lelayang ini kan kita..yang dah tua bangka ni...(eh! tua ke..o..o..idok ler tua..,dewasa jer..hehe). Masa ni..kebetulan la pulak terserempak abang senior kita..rasa member DPBW kenal..Abang Mesardin dia berkerja di ALMA Architect. Dia bersama famili Isteri dan anak nyer.





xxxxx2005

Masa ni..kami g zoo Melaka bersama adik dan emak mai. Masa ni Isma sekitar berumur 6 bulan. Tema kami masa ni serba hijau...(boleh gitu,,almaklum...sempena menyokong member kita ni..Ketua Jabatan Landskap kan..)







JULAI 2005

Gambar di atas dirakam ketika Mai dan Shah ke BUKIT MERAH, LAKE TOWN RESORT, PERAK sempena Hari Keluarga MPJBT 2005. Masa ni Isama dah berusia 10 bulan. Di sini kami bercuti 3 hari 2 malam. Cukup indah berada di sini..dan terasa ingin kembali lagi jika ada kelapangan dan peluang. Pengalam yang tak dapat dilupakan..emmm cukup gawat..bangettt! Mau tahu???apa ye..pasti kalian semuanya nak tahu..sebenarnya ini adalah perjalanan percutian paling jauh yang Isma lalui sepanjang 10 bulan dilahirkan... masa tu baru bertolak sampai yon peng Isma menangis tersangat la,,,kuat dalam kereta..samapi mai terasa serba salah kerana masa tu..mai dan shah satu kereta dengan kawan dia..malu..bengangpun ada..selalunya dia tak macam tu...kami sebanarnya tertinggal poteng kopeknya..apa lagi dengan pantas kami exit tol yong peng semata-mata nak cari poteng kopek baru buat Isma..jenuh mencari tak sama seperti poteng kopek yang tertinggal..sure dia tak suka..emm memang sah dia tak suka. Tapi yang peliknya lepas jer kami belikan dia diam menangis...tapi poteng yang baru tu..dia tak berapa suka. Pengajaran yang kami dapat ialah...jangan biasakan anak-anak dengan poteng kopek..effectnya pun tak molek..orang kata gigi boleh jongang la..Anak mai yang second (Iman) memang tak pakai poteng kopek..(hidup lagi selesa dan mudah..tips tu..untuk ibu-ibu baru).


Kat atas tu..gambar mai jer dengan anak ..ni mai postkan pulak gambar Shah dengan anak. Kami happy sangat bercuti di sini. Banyak kawasan rekreasi yang boleh kita pergi antara kawasan pemeliharaan oranh utan, perkampung orang asli selain aktiviti wetworld yang best..seharian kami bermain air. Ape-ape pun sekalung taniah buat Negeri Perak tempat water theme park yang best yang berkonsepkan alam semulajadi. Kawasan yang sunyi dan privacy tu..














ok lah