Saturday, June 13, 2009

MODEL RUMAH by Isma Batrisyia (5 yrs)

Salam semua..hari ini Mai nak share hasil kerja anak dara Mai yang sulung nih..dia nih..selalunya kreatif sepanjang hari kerja sketch sahaja. Tapi selepas maghrib..apa yang mengejutkan Mai adalah dia cuba nak buat model rumah menggunakan kertas. Biasalah dialah tolong perhabis..kertas A4 kat rumah..tapi apa yang dia buat selalunya Mai tak halang..so dengan bantuan Mai untuk mengunting dan melekatkan semua gambar yang dia dah buat..inilah hasilnya..boleh buat cerita. Mai dan Shah selalunya akan teruja dengan hasil-hasil sketching Isma nih..setiap apa yang dihasilkan pastinya ada cerita..apa yang lucunya..kita dapat tahu gambaran dan imaginasi anak kita pada masa itu..Mai berhasrat untuk wujudkan satu blog untuknya..IsmaGallery, Insyallah jika berkesempatan dan sekarang nih..adalah sikit mengumpul materialnya..(apa lagi lukisan dialah..wait..rasa ada simpan lukisan pertama yang dihasilkan..kena cari sama ada dalam simpanan ataupun dah terbuang..) hopefully ada perminat Isma diluar sana..


Ok inilah model yang Mai maksudkan tu...