Sunday, February 8, 2009

XTVT hujung Minggu

Minggu ni..agak kurang sihat sikit..tak leh sejuk sangat..mulala..nak demam. Anyway it small apiece la..biasalah sabtu and ahad hari family sedunia..so memang spend time with kids and hubby. Hari ni bz sikit Shah gi Kursus so..Mai terpaksa take over job dia antar Isma gi kelas piano. Agenda ari ni..main-main dengan Isma & Iman sambil mengemas and sambil study (haha boleh tak gitu..sambil. Tapi mai rasa pada ibu-ibu yang situasi macam mai faham macam mana mai buat nih..)

Ini lah hasil craf minggu ini.. dah lama mai kurantin main 'play doh' ni..sebab banyak benda kena jaga..kuku mereka, lantai dan doh dia nanti dah campur aduk..maklum budak kalau dah main ikut suka hati diaorang ler..tapi hari ini mereka main..ni mai benarkan dan ok hasilnya..mungkin mereka dah besar sikit dah tau nak buat ape..nah..ni hasil mereka..seronok gak..mai pun tumpang sekaki.

Hari ni gak kami spen time dengan princess..surely you all nak tau sape princess nih?? dia ahli keluarga kami yang baru..Mai dapat dia pada 21hb Disember yang lepas..hari cukup bermakna buat mai sebab ulangtahun perkahwinan sebenarnya..Inilah dia kami nyer princess..dia dah pandai bermain dan mintak perhatian...

Wednesday, February 4, 2009

CHICKEN POX MELANDA..!

Bila tengok message yang yaya tulis pasal chicken pox teringat masa raya tahun lepas ni..anak-anak semua kena..asal-asal Mai ler..yang kena seminggu sebelum dia tumbuh..badan Mai lemah sangat..nak buat kerja rumahpun tak larat..asal petang sampai malam mula la badan nak demam..sampai le..dia mula tumbuh Maipun tak perasan lagi..dia tumbuh macam mata ikan kat gusi..bila tumbuh kat lengan keesokannya baru la mai confirm yang Mai kena Chicken pox..emm sakit nya..chicken pox ni..cuma Mai bertuah tak demam cuma lenguh2 jer..klu panas..tu..rasa dia datang bergilir..klu hari ni panas..esok rasa gatal lak..begitu lah 5 hari..seksa tapi lepas tu takde masalah..adalah parut dimuka tangan dan badan..beransur pulih..tapi kat dahi tu tak hilang...sekali pandang tak nampak..2x pandang dah ada tanda 'nandek'. Tapi ianya mengajar kita erti sabar...redha..

Kesian nye bila tang anank-anak kena..yaya memang mai dapat bayangkan kesusahan aya jaga anak-anak bila kena..tu. Syukur anak2 mai masa kena taklah merenggek nangis ke..mereka tu macam tak rasa apa pun..cuma masa nak baik tu..jer sibuk nak menggaru. Apa-apapun ni..nasihat penaja untuk kekawan kat luar sana yang anaknya belum kena chicken pox..baik ke hospital pakar kanak2 yang berdekatan untuk dapatkan vaksin virus chicken pox dalam RM150 sekali injection untuk mereka tak perlu ada lalui masalah yang Mai hadapi tapi mereka sudah ada antibodi untuk melawan virus chicken pox tu..

Ini gambar yang sempat Mai rakam ketika Isma dan Iman kena Chicken pox..hehe kelakarpun ada..

Sunday, February 1, 2009

Hari ni..nak cerita masa hari pertama kami di Langkawi (23hb Januari 2009) Ini kereta yang kami guna semasa di sana..Toyota Vios milik kenalan. First place yang kami gi melawat adalah di Under Water World, Langkawi. Biasalah kami teruja..bezanya dengan Aquaria KL penguin..yang comel sangat.

Ini gambar Shah, Iman dan Isma masa di sana.