Monday, September 7, 2009

AL-FATIHAH KEPADA BAPA MERTUA ABD RASHID BIN AWANG

16hb Ramadhan..Hari ini dikejutkan dengan satu panggilan yang abah sakit, perlu dikejarkan ke hospital. Selang beberapa minit hp Shah berdering lagi..menyatakan yang Abah telah meninggal..Innalillahiwainalillahi roji'un.
Al-fatihah kepada Allahyarham Abd Rashid Bin Awang.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan mereka yang beriman.

Semoga Abah tenang di sana..kami hanya mendoakan serta menghadiahkan kiriman bacaan ayat suci Al-Quran.



Saturday, September 5, 2009

KEK LAPIS SARAWAK

Hari ini dah 15 Ramadhan..nampaknye sudah berada di pertengahan bulan..baju raya, kuih muih..biasalah akan menjadi perkara utama untuk kita nih..emak-emak orang..tak tau yek..ada ke yang buat dek aje pasal-pasal nih..ermmm tak normal tuh!. Hari ini, oleh kerana ada permintaan kawan baik saya yang jauh nun di Sharjah tuh..jadi hari ini saya bawakan coretan mengenai kuih raya..tahun ni saya cuba memasarkan kuih lapis sarawak..dan sedikit biskut. Tapi..nampak gaya memang tak dapat banyak buat promosi keran kekangan saya di tahun akhir la..mana nak tesis, ICT training nyer..anyway saya buat la..apa yang termampu. So inilah kek lapis sarawak saya..
Di atas sekali tu kek masam manis paling best rasa dia, di tengah tu pula kek lapis jasmin dan bawah sekali kek lapis coklat cheese



Tuesday, August 4, 2009

Cerita Terkini Tentang Aktiviti Isma & Iman

Salam semua, rasanya dah lama tidak menulis di laman ini. Agak bz..dah banyak benda yang perlu diurus. Hari ini terluang masa sedikit untuk berkongsi rasa bersama anda semua. kepada kekawan DPB 94/97 macaman semua..kalau agenda kekawan di sana semuanya menambah anak..and congurate pada mereka yang beroleh 'orang baru' dalam famili. Bagi Mai pula, ingin berkongsi rasa pada kekawan tentang perkembangan terkini anak-anak Mai ni. Pada 24hb Julai 2009 yang lepas nih.. Isma ada event Talent Day di Sekolahnya. Isma dalam acara Fashion Show dan Iman pula Song Show. Apa yang mencuit hati kami ketika itu adalah melihat anak-anak kecil yang comel dan ciut ni membuat persembahan. Persembahan mereka nih biasalah ada yang menjadi dan tak. Pastinya bagi usia 6-5 tu oklah bila membuat persembahan. Tapi bagi golong paling kecil iaitu sekitar 2-3 tahun..mereka tak dapat buatpun persembahan..hanya berdiri tegak aje..almaklu terpegun tengok parents mereka datang tengok. Iman dalam persembahan ni..harap jer kostium tip top bila muzik diputar sahaja mereka satu group tergamam sahaja.

Sunday, July 5, 2009

HAPPY BIRTHDAY TO IMAN..

Pada 3hb Julai 2009, genap umur Iman 3 tahun..dah besar anak ibu..semoga Iman bertambah sihat, pandai cakap betul2 tak pelat lagi..pandai baca, mengeja, mengira..emm pandai mengaji dan sembahyang. Ibu doakan Iman panjang umur jadi anak yang berguna satu hari nanti..hehe. Birthday Iman ni..kami sambut seperti setiap tahun yang sudah ala sederhana..tapi kali ni agak tak prepare almaklum ayah dan ibu dia bz. Macamanapun sempatlah siapkan juga celebration di sekolah dia..yang Insyallah kami takkan missed... Untuk pengetahuan semua Mai baru tahu yang anak mai ni pemalu orangnya..masa nak suapkan dia kek..depan all the teacher's and friend's Iman..dia sembunyikan muka malu..tak leh nak rakam gambar masa nak suap kek tuh..tapi Isma ok..walaupun bukan birthday dia..dia yang over. Apapun diucapkan jutaan terima kasih to teacher's NURI Sri Pulai Perdana kerana cooperation yang baik. To Iman I wish you be a good daugther and I always be with you sayang..Luv from Ibu and Ayah.

Saturday, June 13, 2009

MODEL RUMAH by Isma Batrisyia (5 yrs)

Salam semua..hari ini Mai nak share hasil kerja anak dara Mai yang sulung nih..dia nih..selalunya kreatif sepanjang hari kerja sketch sahaja. Tapi selepas maghrib..apa yang mengejutkan Mai adalah dia cuba nak buat model rumah menggunakan kertas. Biasalah dialah tolong perhabis..kertas A4 kat rumah..tapi apa yang dia buat selalunya Mai tak halang..so dengan bantuan Mai untuk mengunting dan melekatkan semua gambar yang dia dah buat..inilah hasilnya..boleh buat cerita. Mai dan Shah selalunya akan teruja dengan hasil-hasil sketching Isma nih..setiap apa yang dihasilkan pastinya ada cerita..apa yang lucunya..kita dapat tahu gambaran dan imaginasi anak kita pada masa itu..Mai berhasrat untuk wujudkan satu blog untuknya..IsmaGallery, Insyallah jika berkesempatan dan sekarang nih..adalah sikit mengumpul materialnya..(apa lagi lukisan dialah..wait..rasa ada simpan lukisan pertama yang dihasilkan..kena cari sama ada dalam simpanan ataupun dah terbuang..) hopefully ada perminat Isma diluar sana..


Ok inilah model yang Mai maksudkan tu...

Thursday, May 28, 2009

Get New White Myvi SE..JLP53 and Launching Bubbles Car Wash

Emm today..dah 2 hari Mai memandu Myvi SE JLP53..emm best..kereta baru. Anyway thanks a lot my lover..CITRA hitam simpan kat rumah jer..this Myvi akan jadi teman Mai ke mana-mana..hehe. Actually ni..kereta Iman..dia suka sangat kereta nih...

Pada 7hb Jun 2009, Kami akan Launch Bubbles Car Wash di Taman Sri Pulai Perdana, Kepada semua dijemut hadir..Insyallah kami akan sediakan sedikit jamuan..dan FOC untuk cucian kenderaan anda...

Babies Princess's

Salam semua..lama Mai tak update blog nih..surely you all rindu nak tau berita dari 'mair-mylifestyle'...here I attach ..the newborn babies.. Mereka ni..dilahirkan pada 10 Mei 2009 yang lalu..inilah hadiah paling berharga untuk Mai masa hari ibu yang lepas..sekarang mereka dah pandai berjalan..dan comel sangat..Nama tak letak lagi..kalau ada sesiapa boleh bagi suggestion k..hehe. Yang colour white tu jantan..dan yang black 2 nih..betina.

Saturday, May 9, 2009

Perkembangan Terkini

Fistly i'm so sorry to Kak Etie..mai termissed viva dia pada 8hb nih..Emm Mai rasa Mai takde terima telefon call dari K Etie..Anyway friends lately nih Mai bz sikit my schedule very tight on April sehinggalah 8hb Mei nih..ada juga sesekali tengok blog Ijan..pun sama tak ada perubahan cerita surely..orang di sana bz semua. Anyway apapun tugasan yang dibuat..I wish you all the best. By the way..rindu gak dengan you all..apa cerita..hehe

Mai biasalah lepas satu cerita ke satu cerita..and I think you all setuju..macam nih la hidup right..tak kisah lah yang dah berumahtangga ataupun tidak..sama aje janji yang namanya hidup..yer tak..Nid, Sams, Liza, Fiza, Kak Tie, Kak Nor, Kak Zah apa cerita korang nih...Jorafiza? Mai ada jumpa dia last week..kurus sungguh mama seorang nih..ala lupa lor nak amik gambar dia..next time kalau ada jumpa dia mai amik gambar dia..untuk tatapkan kekawan di luar Johor ni..

FYI, My hubby (Shahrul) kena masuk hospital sebab disahkan kena demam denggi, diharapkan rakan-rakan diluar sana mendoakannya semoga cepat sembuh. Apa yang cukup menyedihkan adalah sehari sebelum beliau admit sempat beliau hadiahkan Mai Hp baru NokiaE75 sebagai mengantikan iphone mai yang kena blok tuh..hukhuk..macam tahu aje tak dapat nak celebrate..hari ibu Ahad nie.."Semoga Abang Cepat Sihat".

Friday, April 24, 2009

Just Share : Kelebihan Air Sembahyang

Salam, pembaca diluar sana yang budiman. Saya ni bukan alim mana biasa-biasa sahaja. Tapi terlintas untuk berkongsi pengalaman saya mengenai kehidupan yang dilalui seharian..kisah kali ini yang saya berkongsi dengan anda adalah berkenaan kelebihan air sembahyang. Saya mengharapkan respon anda tentang pengalaman berkenaan air sembahyang yang anda alami sendiri bukan dibaca dari buku atau pengalaman dari pembelajaran..sila emailkan kepada saya di email saya maiyanti@gmail.com

Pengalaman yang saya nak kongsikan ini berlaku pada Ramadhan 1420 (2007).Ketika ini saya lepas merlahirkan anak kedua..saya mengalami pecah kulit kaki yang teramat..dari losyen yang murah hingga yang termahal saya beli untuk memullihkanya tapi tak baik-baik juga. Sehinggalah satu malam saya mengeluh dengan suami, saya kata "dah puas dah buh ubat ke, losyen ker..kaki ni tak juga baik." Suami saya respon dia kata "awak dah cuba losyen yang saya belikan"..saya dengan pantasnya menjawab.."dah dah nak habispun.." lalu saya bangkit tunjukkan pada nya losyen yang dibelikan tu. Kerisauan saya tu..habis begitu sahaja. Bila bangkit subuh pada pagi hari yang sama..selepas bersahur..terlintas difikiran saya..kenapa tidak aku mintak dengan Tuhan...manalah tahu dikabulkan..memang benda di simpel bagi saya ianya 'small matter' sehinggakan terlupa nak berdoa pada Nya. Dalam hati juga berkata.."aku dah berusaha sure Allah kabulkan doa aku..sebab aku tawakal pada Nya".

Selepas itu, saya berwudhuk untuk tunaikan solat subuh..sampai dibahagian kaki ni..saya menyelat-yelat jari kaki sampil doa dalam hati.."Ya Allah, engkau Maha Kuasa, ku pohon ya Allah kau lembutkan tumit kakiku seperti sediakala dan kau pulihkan kulit kaki ku ini yang pecah-pecah.." Keajaiban itu serta-merta saya dapat..kulit saya lebut dan tumit kaki yang pecah-pecah dan kesan kulit mati yang ada sedikit hitam kembali seperti biasa dan putih..Masyallah tak dapat saya gambarkan bagaimana perasan saya ketika itu..saya bersyukur sangat..dengan apa yang saya dapat. Di sini saya mendapat ilmu kenapa dalam kita mengambil wudhuk disuruh atau disunatkan oleh kita agar semasa berwudhuk hendaklah kita menyelati dan gosok kaki dengan tangan. Rahsianya cukup besar. Begitu juga dalam pergerakan kita di dalam sembahyang..rahsia 'tomakninah' dalam sembahyang tak semua kita dapat mengetahuinya..ianya lebih untuk kesihatan diri kita. Nanti saya share pengalaman saya yang lain dalam pergerakkan sembahyang pulak..Sekian.

Tuesday, April 7, 2009

Ana Pening banyak assignment !!

pening..nyer nak siapkan assignment nih..minggu depan dah nak presentation projek 2 dan Prof Zaki nyer assignment..dah 2 hari stay-up nak siapkan assginment Prof Zaki..tapi tak menjadi..bosan dengan idea yang tak datang dan tak faham2 apa yang dikehendaki oleh Prof Zaki..semalam dah jumpa dah..tapi memang dah agak dah draf yang Mai buat tuh salah..huhukk..macam mana nih..nak dapat A..dalam bosan-bosan dapat gak siapkan flyers my company..patutnya dah printing pada Awal Mac yang lepas..nak macamana nasib tak baik..(kes pecah rumah tu..ler) mai tak dapat ler menyiapkannya..Anyway..agak puas hati dengan first design..nih. Esok ada opensource nyer talk, so dah get ready..dah. Pagi-pagi sok gi incubator dulu dan gi printing kat kedai Jasamix untuk pameran product esok..100 copies..ok kot. Kul 10, opensouce nyer talk..so, boleh ler..

Dalam kebosan dari pagi yang hening ni..Mai nak share gambar anak2 mai yang comel..gambar ni Isma Batrisyia..ketika ni baru 4 bulan..masa dia dah pandai meniarap. Gambar yang satu lagi ini lak gambar Iman. Masa nih..dia dalam 4 bulan gak..Sayang la..gambar Isma nampak dari sisi jer..kalau tak boleh kita bandingkan..yer tak? nantilah kalau Mai jumpa koleksi gambar dia..yang sesuai Mai upload..Comel tak? Hampir sama mereka nih..masa kecik2 mereka botak..lepas cukur rambut dulu..lambat lak nak tumbuh rambut baru. Anyway, gambar Iman sebenarnya hampir menyamai gambar mai masa kecik..dulu Mai ada simpan gambar tuh..tapi entah dah kemana-mana..almaklum Mai berpindah randah kan..so, nak jadikan muka Iman banyak ikut muka Mai.. muka dia hampir sama dengan anak abang sepupu Mai kat kampung..

Saturday, March 21, 2009

March penuh Cabaran

Salam semua, dah lama saya tak menulis..maklum bz dengan life..right. Bulan Mac nih..mai rasa penuh dengan dugaan yang besar-besar Mai rasa. Setelah menempuh presentation dengan MDEC 5hb aritu kat KL..7hb Mac 2009 tarikh nih mai akan ingat sampai bebila..rumah Mai ada perompak pecah masuk..yang best nyer Mai blur tu..tengok semua benda yang hilang masa tuh..macam tak rasa apa-apa pun sampailah rasa dah lebih satu jam terjaga dari tidur baru ler mai sedar yang Mai nih kena rompak.. Laptop Mai, Hp Mai and hubby hilang and duit dalm walletpun dia orang kebas..Syukur Nya sesangat Mai dan Keluarga masih bernyawa lagi..kami tidak diapa-apakan langsung. Tapi kejadian ini sudah cukup bagi impak yang besar buat Mai..emosinya juga..sedikit-demi sedikit cukup menganggu..bila-bila pulak kenangkan banyaknya research yang Mai dah buat untuk projek akhir dan juga MDEC nyer Pre Seed Fund. Tuhan jer..yang tau. Kami rasa tak selamat dirumah sendiri. Hari ini barulah Mai beranikan diri buat kerja kat bilik study..klu tidak semuanya Mai buat kat Bilik Tido jer..rasa takut tu..tak hilang...nak-nak bila tengok tingkap yang tempat perompak pecah masuk..di tempat Mai belajar..lagilah...mmm sapa yang pernah mengalami seperti Mai saja yang faham bagaimana rasanya.. Emm Mai thanks pada kawan-kawan dan lecturers yang bagi support kepada Mai untuk terus bersemangat dan jangan putus asa..Ok..tapi memang bukan senang untuk back to normal seperti sebelum ianya berlaku. Mustahil..tapi saya cuba kearah itu..emm

Tuesday, March 3, 2009

Ibu dan Ayah Bz..anak-anak??

Hari ni saja nak letak title..macam tuh..Mai pasti kekawan yang lain pun ada mengalami situasi macam nih...just want to share jer...hehe minggu lepas minggu kalut buat Mai. Bz..dah bz penat badan..dah tuh kena lak asma..seminggu tak bebaik..jenuh....macamana nak handle rumahtangga..time2 kalut macam ni kan..anyway..

alkisah bermula..hehe..(telan air liur jap..)..surely ada yang rindu tak dengar atau baca cerita dari Mai..kan.hehe. Last Mai update blog niT awal bulan 2..ni dah awal bulan 3..hehe. Hai..hai..Februari yang lepas benar-benar menguji minda betul nih...dalam kesibukan..kerja Tuhan uji Mai dengan demam yang agar serius la..Asma dah lam atak attached. Just nak share ape sebenarnya yang berlakukan..Mai nyer schedule sebenarnya tight dengan project proposal to MDEC dengan bengkel dan seminar dan sebagainya..detail tu ada ler mai cerita sesikit kat dairy..kuliah mai..URL mai ada sertakan kan blog nih..Minggu nih..Shahrulpun bz menyiapkan Hari Landskap dia pada 1-8hb Mac 2009 di Mutiara Rini..hey kekawan datang ler JB nih..meh a..tengok Mutiara Rii dah ada Hutan bandar sendiri..dah... Nak tau apa jadi dengan anak2..emm almost tiap hari mereka Mai amik kat nursery kul 6.30ptg..kesian mereka..tapi so far so good..mereka tak lah mennagis tak nak gi sekolah..

Minggu lepas dalam 25hb..Mai ada berita kemaitian Pakcik saudara..umur dalam 26 tahun..meninggal sebab jantung tersumbat ketika beliau tido..Pakcik ni badan dia bebiasa jer..tak lah kategori gemuk..Semoga Rohnya di cucuri rahmat. Ni buat mai kena aware..nih..kekawan yang kat luar sana..kita kena jaga kesihatan..kena blance nih..makan, exercise, vitamin..semua lah..Mai ni pun takut-takut jer..tapi tawakal lah..ajal maut tu kat tangan Nya..cuma kita beringat..mana yang dah ada anak-nak tuh..jangan lupa buat wasiat sesiap..macam anak-anak Mai perempuan..semua so memang kami dah buat surat wasiat dah..

Sunday, February 8, 2009

XTVT hujung Minggu

Minggu ni..agak kurang sihat sikit..tak leh sejuk sangat..mulala..nak demam. Anyway it small apiece la..biasalah sabtu and ahad hari family sedunia..so memang spend time with kids and hubby. Hari ni bz sikit Shah gi Kursus so..Mai terpaksa take over job dia antar Isma gi kelas piano. Agenda ari ni..main-main dengan Isma & Iman sambil mengemas and sambil study (haha boleh tak gitu..sambil. Tapi mai rasa pada ibu-ibu yang situasi macam mai faham macam mana mai buat nih..)

Ini lah hasil craf minggu ini.. dah lama mai kurantin main 'play doh' ni..sebab banyak benda kena jaga..kuku mereka, lantai dan doh dia nanti dah campur aduk..maklum budak kalau dah main ikut suka hati diaorang ler..tapi hari ini mereka main..ni mai benarkan dan ok hasilnya..mungkin mereka dah besar sikit dah tau nak buat ape..nah..ni hasil mereka..seronok gak..mai pun tumpang sekaki.

Hari ni gak kami spen time dengan princess..surely you all nak tau sape princess nih?? dia ahli keluarga kami yang baru..Mai dapat dia pada 21hb Disember yang lepas..hari cukup bermakna buat mai sebab ulangtahun perkahwinan sebenarnya..Inilah dia kami nyer princess..dia dah pandai bermain dan mintak perhatian...

Wednesday, February 4, 2009

CHICKEN POX MELANDA..!

Bila tengok message yang yaya tulis pasal chicken pox teringat masa raya tahun lepas ni..anak-anak semua kena..asal-asal Mai ler..yang kena seminggu sebelum dia tumbuh..badan Mai lemah sangat..nak buat kerja rumahpun tak larat..asal petang sampai malam mula la badan nak demam..sampai le..dia mula tumbuh Maipun tak perasan lagi..dia tumbuh macam mata ikan kat gusi..bila tumbuh kat lengan keesokannya baru la mai confirm yang Mai kena Chicken pox..emm sakit nya..chicken pox ni..cuma Mai bertuah tak demam cuma lenguh2 jer..klu panas..tu..rasa dia datang bergilir..klu hari ni panas..esok rasa gatal lak..begitu lah 5 hari..seksa tapi lepas tu takde masalah..adalah parut dimuka tangan dan badan..beransur pulih..tapi kat dahi tu tak hilang...sekali pandang tak nampak..2x pandang dah ada tanda 'nandek'. Tapi ianya mengajar kita erti sabar...redha..

Kesian nye bila tang anank-anak kena..yaya memang mai dapat bayangkan kesusahan aya jaga anak-anak bila kena..tu. Syukur anak2 mai masa kena taklah merenggek nangis ke..mereka tu macam tak rasa apa pun..cuma masa nak baik tu..jer sibuk nak menggaru. Apa-apapun ni..nasihat penaja untuk kekawan kat luar sana yang anaknya belum kena chicken pox..baik ke hospital pakar kanak2 yang berdekatan untuk dapatkan vaksin virus chicken pox dalam RM150 sekali injection untuk mereka tak perlu ada lalui masalah yang Mai hadapi tapi mereka sudah ada antibodi untuk melawan virus chicken pox tu..

Ini gambar yang sempat Mai rakam ketika Isma dan Iman kena Chicken pox..hehe kelakarpun ada..

Sunday, February 1, 2009

Hari ni..nak cerita masa hari pertama kami di Langkawi (23hb Januari 2009) Ini kereta yang kami guna semasa di sana..Toyota Vios milik kenalan. First place yang kami gi melawat adalah di Under Water World, Langkawi. Biasalah kami teruja..bezanya dengan Aquaria KL penguin..yang comel sangat.

Ini gambar Shah, Iman dan Isma masa di sana.

Thursday, January 29, 2009

BERCUTI DI PULAU LANGKAWI

Salam..emm lama cuti hari ni tak sabar nak update blog..Nyesal gak tak bawak Laptop masa ke Langkawi..nak buat macamana just make a fun ape yang ada la..kira kali cuti yang betul2 pergi bercuti tanpa ada bawak sebarang dokumen untuk kerja. Alhamdulillah di izin tuhan gak kami ke sini..lama dah merancang dak ke sini..now umur iman dah 2 tahun lebih oklah..boleh ajak gi jauh..selesa sikit. Trip ni kami gi 6 hari..kira puaslah..berjalan tak lah terlalu rushing dengan masa. Gambar pun bukan main ler..banyak nyer kami amik..400keping tuh..Memang saja nak tulis pengembaraan kami di Pulau Langkawi ni..ikut hari..rasa puas..sambil mengimbau kenangan yang tak mungkin berulang lagi..kalu nak gi lagipun..surely kenangan tuh dah lain..ye..tak??

23hb Jan 2009, Flight kami dari KLIA pukul 5.15ptg. Gambar kat sebelah ni mai rakam ketika Shah uruskan bording tiket. Isma dan Iman langsung tak takutpun ..padahal ni ..first time untuk mereka naik flight. Kami dijangka tiba di Langkawi pada kul 6.15 ptg. Isma dan Iman berkali-kali tanya ibu kita nak ke mana..bila diterangkan ok..mereka berdua sungguh teruja. Mai dan Shah juga teruja..ni first time bawa mereka bercuti jauh. Selalu naik kereta aje..paling jauhpun ke KL je..lah. Syukur ingatkan mereka menangis ke..tapi ok..biasa-biasa jer. Ini pula gambar sebaik jer menjejakkan kami di Bumi Mahsuri yang cukup terkenal dengan kisah lagendanya.

Wednesday, January 21, 2009

Salam semua..terima kasih kekawan DPB yang sudi singgah ke Blog Mai ni..Untuk Sams..hai aku rindo ko sesangat..tunjuk gambar anak jer..gambar emak dia mana..(Mai tengok kat blog Ijan). Sarina dan Yaya..ingat gak ea..kat aku ni..long time no see..pastinya aku tengok gambar2 you all kat blog Ijan...TQ Ijan..pertemukan kami di laman blog ko..(ini dah reunion la..secara tak langsung..hehe). Hari ini Mai nak share apa aktiviti yang Mai buat sepanjang minggu ni..tak ler..detail tapi boleh la..setakat nak share yer tak?? Ini gambar Mai tengah buat finalist slide presentation dengan MARA..dah berjayapun present dengan MARA pada 19hb Jan yang lepas ni.. Sem ni semester mencabar ni..kena buat prototype system yang Mai nak develop. Kalau dulu Planning buat map..so sekarang buat sistem la..pulak.

Tadi baru jumpa supervisor dan mentor untuk projek master ni..banyak benda nak kena buat..kena rombak jadual program bebetul..tak tak sempat buat beb..huhuk. Sok appointment lak dgn tokeh beriani..sape lagi..Ghazali lor..(Che Li). Nak interview dia untuk mai nyer assignment Entreprenurial finance & Accounting. Anyway..ginilah nama student la..wei..

Emm asyik cerita pasai Mai je..kan mesti korang rindu nak tau cerita kacang lak..Dia seperti biasa la bz buat xtreame ecover dia.. gambar terbaru dia..ni Mai sertakan..macamana? nak komen ape-ape ker? haha tak yah la..tengok jer..

Masa ni..gambar dirakam di Shah Alam rumah kakak Ipar Mai nak hantar mertua mai gi Haji..Iman siap peace!! lagi.

Saturday, January 17, 2009

Persekolah Isma & Iman 2009

Hari ini dah lebih 2 minggu sekolah..bermula..hari ini adalah hari paling ceria untuk Isma terutamanya..sebab selama 2 minggu ni..dia asyik menangis sahaja bila bangun nak gi mandi..merengek tak nak school. Rupa-rupanya dia kehilangan teman baik dia "penny' telah bermindah ke sekolah yang lain tanpa diberitahu..sedih dia macam orang hilang kekasih. Mai dan Shah juga susah hati..bila tengok dia syik menangis, sensitif, belajarpun tak fokus..Tapi ALHAMDULILLAH..agak malam tadinya dia mimpi berjumpa penny..tu yang happy jer.


Thursday, January 15, 2009

Sembang Petang

Hari sebenarnya tengah serabut sangat coz nak ready presentation tuk MARA pada Isnin yang akan datang ni..19hb Jan 2009. Pasai apa jadi serabut, benda yang nak dituliskanya tak siap lagi. Biasa la..last minute gak yang best. Nak tau tak pengalaman..dah tua-tua sambung belajar..(eh dah tua ke..baru double3 hehe) pehh..pening..berdenyut pun ada a..pickup dah slow..nak kena banyak latih tubi, fokus lebih..staminapun nak kena makan supplement barulah steady..Mula-mula blur kat kelas..coz everything dan sharp and fast..mula2 susah dah accept tapi..semangat kuat nak belajar..Alhamdulillah mai dalam kedudukan yang stabil di dalam kelas. Moralnya..belajar lah selagi terdaya..jangan samapi dah tua-tua baru nak belajar susah sikit. Dulu mai bukan minat sangat IT ni..perkembangan IT pun malas nak ambik tau..bila dah masuk bidang ni..nak tak nak kena tau..bolehlah. Pada kekawan yang minat business IT mai syurkan masuklah bidang ni..rupanya banyak kemudahan yang kerajaan sediakan yang kita tak rebut peluang ni..

Semalam bz settlekan urusan surat pinjaman MARA. Syukur selesai dengan mudah. Hari ini bz buat slide tapi tak sesiap lagi..idea tak mari!!

Ini gambar Prof. Dr Ahmad Zaki, ngajar IT Product management & Consultantcy. Dia baru saja mengulas tugasan kami yang diberikan di dalam kelas. Masa ni..kami disuruh melukis gambaran tentang business. Seronoknya kami dah macam budak-budak balik lukis ala-ala kartun (sebenar tak reti lukis...hehe) Selalunya kelas kami memangg selelu ada kejtan-kejutan (macam AF lah pulak..) kena present on the sport..hari kena melukis dan present. Group mai dapat B+ jer..dalam tugasan ni..takpe ada peluang lagi..boleh redo..Kepada group member (Fana and yana..kita akan perbaiki tugasan tuh..tak kira nak gak A+). Ini gambar yana and fana..ni saja enterframe sebagai penaik semangat..hehe

Tuesday, January 13, 2009

LIFE STUDENT


Hari ini Mai nak titipkan gambar-gambar sebagai student..khas tuk mereka kat luar sana tu..sure rindukan..coz dah lama sangat2x Mai tak update..hehe..(perasan la tuh..ada peminat..ala kita tak glamour).
Gambar di kiri ni..gambar LPU (latihan Pembangunan Usahawan 1) di Teratak Buana, Mersing. Ini gambar classmate yang terdiri dari pelbagai background seperti Sains Kimia, Sains Fizik, Automobil, Sains Komp, IT, Marketing, Kejuruteraan Elektrik dan mai (Town planning). Mai dibarisan belakang 3 dari kanan.Kecik jer..tapi aku masuk golongan senior..mereka nih masing muda-muda lagi dalam 20an.. Ini first kelas masa mai masuk master. Sebelum masuk kelas di UTM, kami kena brainwash kat pantai mersing dulu..ok..masa dah time nanti cerita lagi..pasai study mai kat utm nih..bye

Wednesday, January 7, 2009

preview aktiviti sepanjang 2008



Bermula Kuliah..bermula persekolahan

Hari ini cukup mendebarkan...hantar anak dan juga diri sendiri..takut pun boleh tak pertahankan CGPA sem lepas agar lebih baik..Lecturer macamana..ok ker tak ker..semua dah terjawab. Alhamdulillah ok jer. Cuma ada riak kecewa di muka kawan-kawan kelas..sebab PSF la..tragis tapi seronok dengan pengalaman yang baru masa tu.. Kepada Murni tahniah..dapat 4flat tuh..kami ni tengah tunggu open table jer..nih.! cukup kagum dengan dia nih..memang kaki scorer.