Friday, April 24, 2009

Just Share : Kelebihan Air Sembahyang

Salam, pembaca diluar sana yang budiman. Saya ni bukan alim mana biasa-biasa sahaja. Tapi terlintas untuk berkongsi pengalaman saya mengenai kehidupan yang dilalui seharian..kisah kali ini yang saya berkongsi dengan anda adalah berkenaan kelebihan air sembahyang. Saya mengharapkan respon anda tentang pengalaman berkenaan air sembahyang yang anda alami sendiri bukan dibaca dari buku atau pengalaman dari pembelajaran..sila emailkan kepada saya di email saya maiyanti@gmail.com

Pengalaman yang saya nak kongsikan ini berlaku pada Ramadhan 1420 (2007).Ketika ini saya lepas merlahirkan anak kedua..saya mengalami pecah kulit kaki yang teramat..dari losyen yang murah hingga yang termahal saya beli untuk memullihkanya tapi tak baik-baik juga. Sehinggalah satu malam saya mengeluh dengan suami, saya kata "dah puas dah buh ubat ke, losyen ker..kaki ni tak juga baik." Suami saya respon dia kata "awak dah cuba losyen yang saya belikan"..saya dengan pantasnya menjawab.."dah dah nak habispun.." lalu saya bangkit tunjukkan pada nya losyen yang dibelikan tu. Kerisauan saya tu..habis begitu sahaja. Bila bangkit subuh pada pagi hari yang sama..selepas bersahur..terlintas difikiran saya..kenapa tidak aku mintak dengan Tuhan...manalah tahu dikabulkan..memang benda di simpel bagi saya ianya 'small matter' sehinggakan terlupa nak berdoa pada Nya. Dalam hati juga berkata.."aku dah berusaha sure Allah kabulkan doa aku..sebab aku tawakal pada Nya".

Selepas itu, saya berwudhuk untuk tunaikan solat subuh..sampai dibahagian kaki ni..saya menyelat-yelat jari kaki sampil doa dalam hati.."Ya Allah, engkau Maha Kuasa, ku pohon ya Allah kau lembutkan tumit kakiku seperti sediakala dan kau pulihkan kulit kaki ku ini yang pecah-pecah.." Keajaiban itu serta-merta saya dapat..kulit saya lebut dan tumit kaki yang pecah-pecah dan kesan kulit mati yang ada sedikit hitam kembali seperti biasa dan putih..Masyallah tak dapat saya gambarkan bagaimana perasan saya ketika itu..saya bersyukur sangat..dengan apa yang saya dapat. Di sini saya mendapat ilmu kenapa dalam kita mengambil wudhuk disuruh atau disunatkan oleh kita agar semasa berwudhuk hendaklah kita menyelati dan gosok kaki dengan tangan. Rahsianya cukup besar. Begitu juga dalam pergerakan kita di dalam sembahyang..rahsia 'tomakninah' dalam sembahyang tak semua kita dapat mengetahuinya..ianya lebih untuk kesihatan diri kita. Nanti saya share pengalaman saya yang lain dalam pergerakkan sembahyang pulak..Sekian.

No comments: