Friday, March 21, 2008

TAHNIAH kepada Ucu Epol n Ucu Ana


Hai...dah 2 hari..hati ni rasa berbunga-bunga sebab dah dapat tengok orang baru..baby ucu ana n ucu epol..setakat ini nama sementara baby..Mohd Faris Muhaimin, cantik namanyer sepadan dengan orangnyer..tengok tak jemu...cute sangat. Sampaikan 'kakak baby' sape lagi..dak iman a..tak senang duduk..kata mak ngah 'nurse'..dok jaga adik baby..

Tahniah kepada ucu teah melahirkan baby yang comel pada 19 March 2008 bersamaan 11 Rabiul Awal 1429H. Semoga menjadi anak yang solleh, bijaksana dan berjaya dalam hidup.
Ini la..dia hero kecil kita..baby aimin..kata nyer dah botak..


Tuesday, March 18, 2008

MAI DELIGHTS selama 2 minggu operasi


Hari ni..genap dua minggu beroperasi..selama tu..ada ler..pahit manis dan payau nyer..bila dilihat balik..menjadi pendorong dan semangat yang berkobar untuk teruskan perjuangan mencapai matlamat. Hari pertama berniaga..dengan semangat dan harapan untuk menjual..syukur apa yang dijual hari tu..habis semuanya..satu permulaan yang memberangsangkan. Pelanggannya dikalangan kawan2 dan sekitar kedai. Hari pertama..biasalah..tak biasa dengan renyahnya kerja di kedai..dengan melayan pelanggan pelbagai kerenah..kami balik pukul 6ptg bermula dengan pukul 9 pagi..penat o..tak terkata. Masa tu mai dibantu oleh adik ipar, faizal. Hari pertama tak jual air sejuk..hanya air panas. Masa tu haru-biru gak nak sediakan air..Balik rumah baru terasa penatnya tak terkata..sampai memerlukan perkhidmatan tukang urut tak profesional...nak tau sape? emmm sape lagi..'abang shah' saya ler. Rasa serik..yang teramat..macam buat kerja sendiri...jer..nak quit ari tu gak..rasanya. Petang tu, kebetulan Kak Rahi call..and then dapat rescue..911 sape lagi..abang soldier kita orang a..abang dollah (pak Ngah) hantar Nani (Kak Long) untuk tolong buat kerja di kedai..rasa semangat balik untuk esok nyer..dan Alhamdulillah sampai sekarang. Boleh katakan..setiap hari..kami mesti perbaiki kelemahan dan kesilapan hari semalam...sentiasa berbincang. Kat kedai tak de sape bos sape kuli..sama jer..apa yang mai buat dengan nani buat same jer. Pelanggan mesti diutamakan. Hari ni..ada lagi peanggan yang kecewa..sebab datang-datang beryani dah habis. So, far kami dapat feedback dari pelanggan yang membina...dan mereka memang mengharapkan beryani ada dekat di kawasan kediaman/kejiranan mereka. Kira strategik a..tempat kami tu..cuma ramai yang complain kedai tak nampak dari jalan besar..tu yang kami kena fikirkan sesuatu...gambar-gambar di MAI DELIGHTS tak dapat nak masukkan lagi..nanti upgrade a...ok

Apa-apepun..mai happy sangat terutama keluarga yang banyak bagi sokongan dan dorongan..untuk teruskan perjuangan...walaupun agak kecewa..sebab mai terpaksa tangguhkan untuk buka stokis ARGEE Marketing yang proper di Pulai Perdana..tapi mai akan teruskan untuk memastikan stok sentiasa ada untuk service down lines dan juga regular customer. Sasaran untuk memperhebatkan marketing...sudah pasti untuk tahun ini.. oklah..ape-apepun sebelum terlupa untuk Ucu Ana and Ucu Epol selamat menimang cahaya mata yang pertama..semoga selamat semuanya.

Just untuk kekawan diluar sana..selamat datang ke MAI DELIGHTS, rasa nasi beryani mai ni..Mai nak attachkan flyers tapi fail berat jer..ape-apepun..jemput datang..rasa jangan tak rasa..baikkkkk punye...! eh salah tu trademark dak Dafi...mai nyer ape yek..nantila fikir2kan. k..adios

Monday, March 10, 2008

ARUS PEMERINTAHAN MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ANDA

hai...sekarang musim pilihan raya..dan dah berakhir dahpun...walaupun kita rakyat biasa-biasa jer..tapi kita membesar dengan pemerintahan parti BN. Hari ni..mai saja jer nak kongsi sikit ape pendapat mai. Mai anak jati malaysia membesar dengan emak dan ayah yang memang parti BN. Tak tau lah..mai ada reason la kenapa mai nak jadi anak malaysia yang ada tanggungjawap..antaranya jadi pengundi. Sebab tu jer peluang yang ada pada mai..selain dari tanggungjawap yang lain. Tak kisah apa partipun yang anda semua nak undi yang penting kita mesti ada alasan mengapa mengundi pemimpin yang kita sokong. Bercakap tentang vision parti, secara kasarnya sama jer..mereka nak memerintah. Tapi kenape anda pilih BN pada masa sekarang ni?..sebabnya nak jaga bangsa untuk jadi pemerintah dan terus jadi peneraju negara..itu sudah pasti..dari zaman kita nak capai kemerdekaan Malaysia. Tapi kenapa anda pilih PAS sebabnya anda nak pemerintahan yang berteras Islam, yang kononya BN menyeleweng tak mengikut landasan Islam..(ni secara kasar jer..tau). Kenapa pilih keadilan? Memperjuangkan segelintir orang melayu yang tersisih kononya dari parti BN, lalu bangkit menegakkan keadilan yang kononya BN tak ada tampok pimpinan yang adil. Mai lebih suka nak share pasal 3 parti yang cukup sinonim dengan orang melayu kita. Sebenarnya jika 3 parti ni bersatu..ianya memang menjadi satu parti yang cukup kuat dan hebat..Tapi Tampok pemerintahan BN sekarang ini memang perlukan parti-parti ini untuk menjadi satu pemerintahan yang baik..dari segi sentimen melayunya dan keagamaanya. Cuma adalah lebih baik jika, BN lebih terbuka kepada pendekatan PAS untuk mewujudkan sebuah negara yang Islamik ianya nampak lebih cantik dan kemas. Tapi itupun yang telah dan yang sedang dibuat oleh Pak Lah dalam mewujudkan perkampungan hadari di Terengganu dan kelantan. Jika dilihat dari segi perancangan bandarnya..ianya cukup lengkap dengan kemudahan dan konsep pembangunanya terutama pada pembangunan rohaniah cukup hebat..semuanya diterjemahkan di dalam pembangunan fizikalnya. Penerapan ini yang masih belum diterima orang orang ramai..orang kampung yang mudah diperdaya oleh parti-parti politik yang menentang kerajaan. Kejatuhan BN hari ini tidak dapat menguasai 100% kawasan undi bukanlah tanda kekalahan, tetapi ianya satu kejayaan...yang mana rakyat menunjukkan reaksi positif kepada pemerintah dan corak kepimpinan. Jentera kerajaan perlu menjalankan tanggungjawap dengan lebih baik dan bersungguh-sungguh untuk rakyat. Apa yang kerajaan buat untuk rakyat..jika dilihat sudah cukup banyak..tapi rakyat kebanyakan orang biasa-biasa aje..bila semua barang naik..memang terasa macam pak lah tak best aje.. anyway..kalau nak cakap memang banyak nih..tapi itu saja ler..buat setakat ni..

Emm satu lagi..nak wish kat Abang Cyang mai ni..TAHNIAH! sebab menjalankan tanggungjawapnye sebagai salah seorang Pegawai SPR dia jadi Ketua Pegawai SPR di Tanjung Adang, Gelang Patah. Cukup dedikasi dan komited.."bro hebatla bro". Dah 2 kali dia telibat..walaupun tak mengundi..tapi kira ok..a..adalah menyumbang pada negara..hehe!. kepada anda yang diluar sana..pastikan ada sumbangan anda untuk negara. Untuk maju kita kena fikir.."Apa sumbangan yang perlu kita buat...bukan fikir apa orang sumbangkan untuk kita.." ingat tuh!. Pastikan anda..kental, sabar..dan macam-macam lah..yang penting anda nak berubah tu jer..berubah untuk baik bukan sebaliknya. Mengenang masa lalu tak salah..tapi kalau asyik saja bercerita tentang masa lalu jer tak elok dok..orang lain dah sampai bulan da pun..kita nak g memang tak mampu..tapi tulah..kena ada paradigma baru. Orang kat luar sana memang suka mengata..pedulik jer..itu dosa dia dengan tuhan...janji anda tak buat salah pada diri sendiri, tuhan dan orang lain, suuudahhhh...Bila..nak berubah..jom..jangan takut gagal..berani untuk gagal..sebab selepas tu kejayaan muncul..ok, Jumpa anda dipuncak jaya..cee..wah macam Dr. Fadzilah Kamsah..

Wednesday, March 5, 2008

NASI BERYANI "Mai Delights"

Assalamualaikum..semoga sihat semuanya...lama sangat tak post something news kat blogs ni..Mai sibuk sikit setup kedai beryani..Alhamdulillah dah berjalan 3 hari..perkembangan yang memuaskan..ramai kawan kacang dah turun merasa..beryani mai nih! Ha..yang kat KL tu bila nak turun pekena beryani mai delights ni..sure sekali rasa akan terkenang-kenang nak makan lagi..hehehe! masuk bakul angkat sendiri la..pulak. Pada kekawan kat mana jua berada dijemput datang ke sini...Pada mak de Rahi, Mak Ngah Nenen, Pak Ngah Dollah, Pak Long, Mak Long, Atuk, Makde Izzah, Chu Lia,Ucu ana, Ucu Ipol, Mak Ngah Ida, Pak Ngah Ehsan..dan sedara-mara yang dekat dan jauh..dijemput datang ke Gazzebo Mai Delights..