Friday, April 24, 2009

Just Share : Kelebihan Air Sembahyang

Salam, pembaca diluar sana yang budiman. Saya ni bukan alim mana biasa-biasa sahaja. Tapi terlintas untuk berkongsi pengalaman saya mengenai kehidupan yang dilalui seharian..kisah kali ini yang saya berkongsi dengan anda adalah berkenaan kelebihan air sembahyang. Saya mengharapkan respon anda tentang pengalaman berkenaan air sembahyang yang anda alami sendiri bukan dibaca dari buku atau pengalaman dari pembelajaran..sila emailkan kepada saya di email saya maiyanti@gmail.com

Pengalaman yang saya nak kongsikan ini berlaku pada Ramadhan 1420 (2007).Ketika ini saya lepas merlahirkan anak kedua..saya mengalami pecah kulit kaki yang teramat..dari losyen yang murah hingga yang termahal saya beli untuk memullihkanya tapi tak baik-baik juga. Sehinggalah satu malam saya mengeluh dengan suami, saya kata "dah puas dah buh ubat ke, losyen ker..kaki ni tak juga baik." Suami saya respon dia kata "awak dah cuba losyen yang saya belikan"..saya dengan pantasnya menjawab.."dah dah nak habispun.." lalu saya bangkit tunjukkan pada nya losyen yang dibelikan tu. Kerisauan saya tu..habis begitu sahaja. Bila bangkit subuh pada pagi hari yang sama..selepas bersahur..terlintas difikiran saya..kenapa tidak aku mintak dengan Tuhan...manalah tahu dikabulkan..memang benda di simpel bagi saya ianya 'small matter' sehinggakan terlupa nak berdoa pada Nya. Dalam hati juga berkata.."aku dah berusaha sure Allah kabulkan doa aku..sebab aku tawakal pada Nya".

Selepas itu, saya berwudhuk untuk tunaikan solat subuh..sampai dibahagian kaki ni..saya menyelat-yelat jari kaki sampil doa dalam hati.."Ya Allah, engkau Maha Kuasa, ku pohon ya Allah kau lembutkan tumit kakiku seperti sediakala dan kau pulihkan kulit kaki ku ini yang pecah-pecah.." Keajaiban itu serta-merta saya dapat..kulit saya lebut dan tumit kaki yang pecah-pecah dan kesan kulit mati yang ada sedikit hitam kembali seperti biasa dan putih..Masyallah tak dapat saya gambarkan bagaimana perasan saya ketika itu..saya bersyukur sangat..dengan apa yang saya dapat. Di sini saya mendapat ilmu kenapa dalam kita mengambil wudhuk disuruh atau disunatkan oleh kita agar semasa berwudhuk hendaklah kita menyelati dan gosok kaki dengan tangan. Rahsianya cukup besar. Begitu juga dalam pergerakan kita di dalam sembahyang..rahsia 'tomakninah' dalam sembahyang tak semua kita dapat mengetahuinya..ianya lebih untuk kesihatan diri kita. Nanti saya share pengalaman saya yang lain dalam pergerakkan sembahyang pulak..Sekian.

Tuesday, April 7, 2009

Ana Pening banyak assignment !!

pening..nyer nak siapkan assignment nih..minggu depan dah nak presentation projek 2 dan Prof Zaki nyer assignment..dah 2 hari stay-up nak siapkan assginment Prof Zaki..tapi tak menjadi..bosan dengan idea yang tak datang dan tak faham2 apa yang dikehendaki oleh Prof Zaki..semalam dah jumpa dah..tapi memang dah agak dah draf yang Mai buat tuh salah..huhukk..macam mana nih..nak dapat A..dalam bosan-bosan dapat gak siapkan flyers my company..patutnya dah printing pada Awal Mac yang lepas..nak macamana nasib tak baik..(kes pecah rumah tu..ler) mai tak dapat ler menyiapkannya..Anyway..agak puas hati dengan first design..nih. Esok ada opensource nyer talk, so dah get ready..dah. Pagi-pagi sok gi incubator dulu dan gi printing kat kedai Jasamix untuk pameran product esok..100 copies..ok kot. Kul 10, opensouce nyer talk..so, boleh ler..

Dalam kebosan dari pagi yang hening ni..Mai nak share gambar anak2 mai yang comel..gambar ni Isma Batrisyia..ketika ni baru 4 bulan..masa dia dah pandai meniarap. Gambar yang satu lagi ini lak gambar Iman. Masa nih..dia dalam 4 bulan gak..Sayang la..gambar Isma nampak dari sisi jer..kalau tak boleh kita bandingkan..yer tak? nantilah kalau Mai jumpa koleksi gambar dia..yang sesuai Mai upload..Comel tak? Hampir sama mereka nih..masa kecik2 mereka botak..lepas cukur rambut dulu..lambat lak nak tumbuh rambut baru. Anyway, gambar Iman sebenarnya hampir menyamai gambar mai masa kecik..dulu Mai ada simpan gambar tuh..tapi entah dah kemana-mana..almaklum Mai berpindah randah kan..so, nak jadikan muka Iman banyak ikut muka Mai.. muka dia hampir sama dengan anak abang sepupu Mai kat kampung..