Saturday, June 7, 2008

jalan-jalan hey..hey


Salam..sejahtera semua...hari ni saja nak tulis pasal "jalan-jalan cari makan" eh..bukan cari makan..tapi cari pengalaman dan pelajaran yang tak dapat nyer kat kedai-kedai ke..kat sekolah pun idok le dapat... Apa yang mai nak kongsikan ari ini adalah hanyalah sebutir pengalaman yang pastinya dalam lipatan sejarah hidup mai..setelah bergelar isteri dan ibu..

FEBB2005

Gambar disebelah ini ketika mai dan shah pergi ke Pesta Layang-Layang Antarabangsa yang setiap tahun diadakan di Pasir Gudang, Johor sekitar Februari. Pastinya anda ada yang pernah ke pesta layang-layang ni..Pastinya mai bangga sangat, PBT Pasir Gudang berjaya dengan komitment yang jitu membawa nama MALAYSIA menganjurkan acara yang cukup besar. Di sini..biasalah ramai orang, mai dan shah bertolak awal pagi untuk pastikan kami dapat 'parking' kenderaan dengan mudah. Masa ni Isma dalam 4 bulan..tapi syukur dia senang sangat dijaga..tak lah menangis atau meragam. Melihat si kecil teruja bila melihat rekabentuk layang-layang yang unik berterbangan..rasa berbaloi sangat kami pergi ke sana. Bayangkanlah sekecil tupun ..minat tengok pelbagai jenis lelayang ini kan kita..yang dah tua bangka ni...(eh! tua ke..o..o..idok ler tua..,dewasa jer..hehe). Masa ni..kebetulan la pulak terserempak abang senior kita..rasa member DPBW kenal..Abang Mesardin dia berkerja di ALMA Architect. Dia bersama famili Isteri dan anak nyer.





xxxxx2005

Masa ni..kami g zoo Melaka bersama adik dan emak mai. Masa ni Isma sekitar berumur 6 bulan. Tema kami masa ni serba hijau...(boleh gitu,,almaklum...sempena menyokong member kita ni..Ketua Jabatan Landskap kan..)







JULAI 2005

Gambar di atas dirakam ketika Mai dan Shah ke BUKIT MERAH, LAKE TOWN RESORT, PERAK sempena Hari Keluarga MPJBT 2005. Masa ni Isama dah berusia 10 bulan. Di sini kami bercuti 3 hari 2 malam. Cukup indah berada di sini..dan terasa ingin kembali lagi jika ada kelapangan dan peluang. Pengalam yang tak dapat dilupakan..emmm cukup gawat..bangettt! Mau tahu???apa ye..pasti kalian semuanya nak tahu..sebenarnya ini adalah perjalanan percutian paling jauh yang Isma lalui sepanjang 10 bulan dilahirkan... masa tu baru bertolak sampai yon peng Isma menangis tersangat la,,,kuat dalam kereta..samapi mai terasa serba salah kerana masa tu..mai dan shah satu kereta dengan kawan dia..malu..bengangpun ada..selalunya dia tak macam tu...kami sebanarnya tertinggal poteng kopeknya..apa lagi dengan pantas kami exit tol yong peng semata-mata nak cari poteng kopek baru buat Isma..jenuh mencari tak sama seperti poteng kopek yang tertinggal..sure dia tak suka..emm memang sah dia tak suka. Tapi yang peliknya lepas jer kami belikan dia diam menangis...tapi poteng yang baru tu..dia tak berapa suka. Pengajaran yang kami dapat ialah...jangan biasakan anak-anak dengan poteng kopek..effectnya pun tak molek..orang kata gigi boleh jongang la..Anak mai yang second (Iman) memang tak pakai poteng kopek..(hidup lagi selesa dan mudah..tips tu..untuk ibu-ibu baru).


Kat atas tu..gambar mai jer dengan anak ..ni mai postkan pulak gambar Shah dengan anak. Kami happy sangat bercuti di sini. Banyak kawasan rekreasi yang boleh kita pergi antara kawasan pemeliharaan oranh utan, perkampung orang asli selain aktiviti wetworld yang best..seharian kami bermain air. Ape-ape pun sekalung taniah buat Negeri Perak tempat water theme park yang best yang berkonsepkan alam semulajadi. Kawasan yang sunyi dan privacy tu..














ok lah

Monday, May 26, 2008

Mengimbau kenangan lalu..


Ini adalah gambar kenangan semasa Isma Batrisyia baru berumur 2 bln lebih..Belakang tu..rumah limas hasil rekaan Shah.

Saturday, May 3, 2008

HARI KELUARGA MPJBT 2008 DI PD

Hari ni..terpanggil untuk menulis sesuatu..untuk berkongsi cerita..kegembiraan..mai bersama keluarga. Pada 26hb April 2008 yang lalu..Abang mengajak kami sekeluarga pergi menyertai hari keluarga di Port Dickson. Ingatkan kami pasti mandi di pantai laut masin..tapi hanya bercuti di swimming pool..tapi tetap best.. TIARA BEACH RESORT terletak 10km selepas Teluk Kemang.

Setibanya di Tiara Beach Resort kami disambut dengan 2 orang badut yang unik..pasti u all nak tau..nih first time in my life jumpa badut nih...tingginya hingga mencecah syiling..sampaikan Iman dan Isma takut. Sementara tunggu check-in bilik, mai dan anak-anak tengok mereka (pengunjung) mandi-manda kat swimming pool. Biasalah keletah budak..pastinya anak-anak korang pung macam tu dok? sibuk dah nak main air...Iman siap dah buka kasut dia main pasir sekitar kolam tu. Mai sebenornya nak share..tentang ada beberapa peristiwa yang berlaku semasa percuian kami ni...kelakar, tension dan happy...nanti lain kali sambung lagi.

Monday, April 14, 2008

RINDUNYA.. DAH LAMA TAK UPDATE BLOG

hAI...ASsalamualaikum, dah lama betul tak share cerita di blog ni...dah sibuk..a..penat. Tak leh manage time lagi...maybe tak biasa lagi dengan rutin baru ni..hopefully getting ok.. Malam ni nak leh nak tido pulak..sakit perut a...cecampur angin.. dah 2 hari..memang problem sikit rasa sistem penghadaman..harap2 sok ok. Minggu ni got many trouble here..but it under control..Anak-anak tak sihat..kena virus sakit kuku kaki dan mulut..jangkitan dari nursery...a..

Hari ni..nak post gambar-gambar kenangan sewaktu karnival perabot ria pada 1hb Mac 2008 tempoh hari. Gambar kat bawah ni..adalah gambar Iman dengan Mok de Rahi..disambut 2 moskot ala-ala angkasawan...Moskot-moskot tu..cuba nak bermesra dengan Iman..tapi Iman takut..hehe..kesian mok de kena cengkam dengan Iman kuat sangat...



"emmm..atut.atut... " sambil muka berkerut...itu lah Iman masa tu..kami hanya mampu tersenyum..kekadang tergelak gak tengok keletah dia ni..


Ini main entrance masa karnival tu...pintu gerbang ala-ala baloon dengan bentuk roket. Masa ni yang pergi majlis perasmian ni..Emak mertua, kakak-kakak Ipar iaitu kak Rahi dan Kak Nenen dan Faizal (adik ipar), anak-anak saudara iaitu Nani dan Syazani..Shah tak jointpun...ala-ala bz kan dia tu...bagaimanapun kami happy di sini..










Ini pula..kesempatan yang tak boleh ditinggal begitu sahaja..Mai bersama Iman bergambar kenangan bersama Nurul Syuhada personality TV3 yang menjadi pengacara majlis pagi tu..







Kenangan bersama pelakon Sari yang mai cukup minati sebab dia berjaya dengan karektor sebagai Kaisyara...masa berbualpun mai panggil dia Kaisyara..baik orang peramah..cantik..memang cantik.. Oklah setakat tu..jer, gambar yang dikongsikan bersama anda semua. Ape-apepun hari tu..cukup best ke karnival tu..disana sempat juga berkenalan dengan Puan Noraini Margono yang terkenal dengan kepakaranya menjahit langsir..sempat juga membeli buku-buku keluarnya...dia cukup berbakat dan sangat-sangat berinovasi..Bila menjejakkan kaki ke bidang usahawan ni...dia antara idola..saya untuk berjaya..sepertinya..Usahanita yang berjaya...Insyallah. Semuanya tu tidak akn berhasil kalau tiada sokongan orang yang paling mai sayangi...suami tercinta..dan keluarga.

Friday, March 21, 2008

TAHNIAH kepada Ucu Epol n Ucu Ana


Hai...dah 2 hari..hati ni rasa berbunga-bunga sebab dah dapat tengok orang baru..baby ucu ana n ucu epol..setakat ini nama sementara baby..Mohd Faris Muhaimin, cantik namanyer sepadan dengan orangnyer..tengok tak jemu...cute sangat. Sampaikan 'kakak baby' sape lagi..dak iman a..tak senang duduk..kata mak ngah 'nurse'..dok jaga adik baby..

Tahniah kepada ucu teah melahirkan baby yang comel pada 19 March 2008 bersamaan 11 Rabiul Awal 1429H. Semoga menjadi anak yang solleh, bijaksana dan berjaya dalam hidup.
Ini la..dia hero kecil kita..baby aimin..kata nyer dah botak..


Tuesday, March 18, 2008

MAI DELIGHTS selama 2 minggu operasi


Hari ni..genap dua minggu beroperasi..selama tu..ada ler..pahit manis dan payau nyer..bila dilihat balik..menjadi pendorong dan semangat yang berkobar untuk teruskan perjuangan mencapai matlamat. Hari pertama berniaga..dengan semangat dan harapan untuk menjual..syukur apa yang dijual hari tu..habis semuanya..satu permulaan yang memberangsangkan. Pelanggannya dikalangan kawan2 dan sekitar kedai. Hari pertama..biasalah..tak biasa dengan renyahnya kerja di kedai..dengan melayan pelanggan pelbagai kerenah..kami balik pukul 6ptg bermula dengan pukul 9 pagi..penat o..tak terkata. Masa tu mai dibantu oleh adik ipar, faizal. Hari pertama tak jual air sejuk..hanya air panas. Masa tu haru-biru gak nak sediakan air..Balik rumah baru terasa penatnya tak terkata..sampai memerlukan perkhidmatan tukang urut tak profesional...nak tau sape? emmm sape lagi..'abang shah' saya ler. Rasa serik..yang teramat..macam buat kerja sendiri...jer..nak quit ari tu gak..rasanya. Petang tu, kebetulan Kak Rahi call..and then dapat rescue..911 sape lagi..abang soldier kita orang a..abang dollah (pak Ngah) hantar Nani (Kak Long) untuk tolong buat kerja di kedai..rasa semangat balik untuk esok nyer..dan Alhamdulillah sampai sekarang. Boleh katakan..setiap hari..kami mesti perbaiki kelemahan dan kesilapan hari semalam...sentiasa berbincang. Kat kedai tak de sape bos sape kuli..sama jer..apa yang mai buat dengan nani buat same jer. Pelanggan mesti diutamakan. Hari ni..ada lagi peanggan yang kecewa..sebab datang-datang beryani dah habis. So, far kami dapat feedback dari pelanggan yang membina...dan mereka memang mengharapkan beryani ada dekat di kawasan kediaman/kejiranan mereka. Kira strategik a..tempat kami tu..cuma ramai yang complain kedai tak nampak dari jalan besar..tu yang kami kena fikirkan sesuatu...gambar-gambar di MAI DELIGHTS tak dapat nak masukkan lagi..nanti upgrade a...ok

Apa-apepun..mai happy sangat terutama keluarga yang banyak bagi sokongan dan dorongan..untuk teruskan perjuangan...walaupun agak kecewa..sebab mai terpaksa tangguhkan untuk buka stokis ARGEE Marketing yang proper di Pulai Perdana..tapi mai akan teruskan untuk memastikan stok sentiasa ada untuk service down lines dan juga regular customer. Sasaran untuk memperhebatkan marketing...sudah pasti untuk tahun ini.. oklah..ape-apepun sebelum terlupa untuk Ucu Ana and Ucu Epol selamat menimang cahaya mata yang pertama..semoga selamat semuanya.

Just untuk kekawan diluar sana..selamat datang ke MAI DELIGHTS, rasa nasi beryani mai ni..Mai nak attachkan flyers tapi fail berat jer..ape-apepun..jemput datang..rasa jangan tak rasa..baikkkkk punye...! eh salah tu trademark dak Dafi...mai nyer ape yek..nantila fikir2kan. k..adios

Monday, March 10, 2008

ARUS PEMERINTAHAN MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ANDA

hai...sekarang musim pilihan raya..dan dah berakhir dahpun...walaupun kita rakyat biasa-biasa jer..tapi kita membesar dengan pemerintahan parti BN. Hari ni..mai saja jer nak kongsi sikit ape pendapat mai. Mai anak jati malaysia membesar dengan emak dan ayah yang memang parti BN. Tak tau lah..mai ada reason la kenapa mai nak jadi anak malaysia yang ada tanggungjawap..antaranya jadi pengundi. Sebab tu jer peluang yang ada pada mai..selain dari tanggungjawap yang lain. Tak kisah apa partipun yang anda semua nak undi yang penting kita mesti ada alasan mengapa mengundi pemimpin yang kita sokong. Bercakap tentang vision parti, secara kasarnya sama jer..mereka nak memerintah. Tapi kenape anda pilih BN pada masa sekarang ni?..sebabnya nak jaga bangsa untuk jadi pemerintah dan terus jadi peneraju negara..itu sudah pasti..dari zaman kita nak capai kemerdekaan Malaysia. Tapi kenapa anda pilih PAS sebabnya anda nak pemerintahan yang berteras Islam, yang kononya BN menyeleweng tak mengikut landasan Islam..(ni secara kasar jer..tau). Kenapa pilih keadilan? Memperjuangkan segelintir orang melayu yang tersisih kononya dari parti BN, lalu bangkit menegakkan keadilan yang kononya BN tak ada tampok pimpinan yang adil. Mai lebih suka nak share pasal 3 parti yang cukup sinonim dengan orang melayu kita. Sebenarnya jika 3 parti ni bersatu..ianya memang menjadi satu parti yang cukup kuat dan hebat..Tapi Tampok pemerintahan BN sekarang ini memang perlukan parti-parti ini untuk menjadi satu pemerintahan yang baik..dari segi sentimen melayunya dan keagamaanya. Cuma adalah lebih baik jika, BN lebih terbuka kepada pendekatan PAS untuk mewujudkan sebuah negara yang Islamik ianya nampak lebih cantik dan kemas. Tapi itupun yang telah dan yang sedang dibuat oleh Pak Lah dalam mewujudkan perkampungan hadari di Terengganu dan kelantan. Jika dilihat dari segi perancangan bandarnya..ianya cukup lengkap dengan kemudahan dan konsep pembangunanya terutama pada pembangunan rohaniah cukup hebat..semuanya diterjemahkan di dalam pembangunan fizikalnya. Penerapan ini yang masih belum diterima orang orang ramai..orang kampung yang mudah diperdaya oleh parti-parti politik yang menentang kerajaan. Kejatuhan BN hari ini tidak dapat menguasai 100% kawasan undi bukanlah tanda kekalahan, tetapi ianya satu kejayaan...yang mana rakyat menunjukkan reaksi positif kepada pemerintah dan corak kepimpinan. Jentera kerajaan perlu menjalankan tanggungjawap dengan lebih baik dan bersungguh-sungguh untuk rakyat. Apa yang kerajaan buat untuk rakyat..jika dilihat sudah cukup banyak..tapi rakyat kebanyakan orang biasa-biasa aje..bila semua barang naik..memang terasa macam pak lah tak best aje.. anyway..kalau nak cakap memang banyak nih..tapi itu saja ler..buat setakat ni..

Emm satu lagi..nak wish kat Abang Cyang mai ni..TAHNIAH! sebab menjalankan tanggungjawapnye sebagai salah seorang Pegawai SPR dia jadi Ketua Pegawai SPR di Tanjung Adang, Gelang Patah. Cukup dedikasi dan komited.."bro hebatla bro". Dah 2 kali dia telibat..walaupun tak mengundi..tapi kira ok..a..adalah menyumbang pada negara..hehe!. kepada anda yang diluar sana..pastikan ada sumbangan anda untuk negara. Untuk maju kita kena fikir.."Apa sumbangan yang perlu kita buat...bukan fikir apa orang sumbangkan untuk kita.." ingat tuh!. Pastikan anda..kental, sabar..dan macam-macam lah..yang penting anda nak berubah tu jer..berubah untuk baik bukan sebaliknya. Mengenang masa lalu tak salah..tapi kalau asyik saja bercerita tentang masa lalu jer tak elok dok..orang lain dah sampai bulan da pun..kita nak g memang tak mampu..tapi tulah..kena ada paradigma baru. Orang kat luar sana memang suka mengata..pedulik jer..itu dosa dia dengan tuhan...janji anda tak buat salah pada diri sendiri, tuhan dan orang lain, suuudahhhh...Bila..nak berubah..jom..jangan takut gagal..berani untuk gagal..sebab selepas tu kejayaan muncul..ok, Jumpa anda dipuncak jaya..cee..wah macam Dr. Fadzilah Kamsah..

Wednesday, March 5, 2008

NASI BERYANI "Mai Delights"

Assalamualaikum..semoga sihat semuanya...lama sangat tak post something news kat blogs ni..Mai sibuk sikit setup kedai beryani..Alhamdulillah dah berjalan 3 hari..perkembangan yang memuaskan..ramai kawan kacang dah turun merasa..beryani mai nih! Ha..yang kat KL tu bila nak turun pekena beryani mai delights ni..sure sekali rasa akan terkenang-kenang nak makan lagi..hehehe! masuk bakul angkat sendiri la..pulak. Pada kekawan kat mana jua berada dijemput datang ke sini...Pada mak de Rahi, Mak Ngah Nenen, Pak Ngah Dollah, Pak Long, Mak Long, Atuk, Makde Izzah, Chu Lia,Ucu ana, Ucu Ipol, Mak Ngah Ida, Pak Ngah Ehsan..dan sedara-mara yang dekat dan jauh..dijemput datang ke Gazzebo Mai Delights..

Wednesday, February 27, 2008

HAPPY BIRTHDAY TO ABANG SAYANG!



Terlebih dahulu..sorry coz dah lama tak post ape-ape bahan untuk tatapan semua...bz..cari keperluan barang untuk niaga. Sebenarnya (26 Februari 2008) Birthday 'Abang Kacang' Mai ni.. "HAPPY BIRTHDAY TO AYAH.....HAPPY BIRTHDAY TO AYAH... happy birthday to you..." nyanyian oleh Isma, dan nyanyian adik "..ehemmm..ehemm..emmday..to you..ayah..".. Dah 32 tahun...emm dah tua tu..hopefully abang bertambah sihat, bertambah rezeki.."boleh bawak jalan oversea..hehehe!" B dan anak-anak sentiasa sokong abang walau ape jua keadaan..ok. Ramai sangat orang nak suprisekan dia..nih! Almaklum..ketua jabatan..anak-anak buah sayang..ada yang bagi kek la..hadiah la..sampai kami (Mai dan anak-anak) beralah..nak suprisekan untuk dia..dah tak suprise sangat..terkejar-kejar dengan masa..majlis dinner dia di Mutiara rini. Malu sangat..semalam kena potong kek besday dia sama-sama depan ramai orang..anyway..ianya jadi kenangan buat kami..emmm..kejutan anak-anak buah dia dasyat..mujur tak kena karaeoke..malu! Majlis yang santai..menu pun sedap. Cuma mai dan abang tak dapat menjamu selera sangat sebab kami kami shift jaga 2 orang anak kami yang ligat..tu..tak senang duduk.


Gambar kat atas tu ler..kek birthday dia yang ke 32 tahun..tahun tringle shape..saje aje yang lepas circle shape. Terlebih dahulu nak mintak maaf ler..demi menghormati permintaan nyer..tak nak gambar dia dipost..so, tak dapat ler nak tunjuk muka orang yang sambut besday dia ke-32 ni..takpe yer..dapat tengok kek dan tangan jadik le..tangan yan kecik comel tu..tangan dak iman..ler..tak sesabar nak amik strewberry kat kek tu..Ape-ape pun..kami sayang...abang. May God blessing you!!

Saturday, February 23, 2008

Riadah di Wetworld Shah Alam

Hai..ari ni bila tengok simpanan gambar-gambar family..tergerak hati pulak nak share cerita pasal masa gi rumah Kak Rahi (Makde Rahi) di Shah Alam. Masa tu dalam March 2007, rasanya seminggu sebelum cuti sekolah..tapi Isma dah ponteng..dah..hehe ni gara-gara ikut ayah dia outstation di KL ler ni..seminggu gak lah kami lepak rumah mak de.

Ini gambar adik iman..masa ni dia masih pandai memapah (umur dia masa ni 6 bulan) kat rumah Makde Rahi..habis dia tolong kemas meja komputer..biasalah..suka bzkan diri.
Gambar di sebelah kanan ni pulak..Isma dan Iman dah tak sabar-sabar nak gi swimming kat wetworld Shah Alam..tengoklah..dah siap pakai baju mandi..almaklumlah semalamnyer nak g sunway lagoon..tapi ditutup pool dah frust tak dapt main air.. Masa ni Makde Rahi dengan Ucu Ana tak dapat joint..almaklum mereka kerja..takpe nor..ni mai tulis kenangan tu untuk akak biar 'feel' tu sampai..


Ha..ni dah sampai wetworld..nak tau sesampai jer kami di sini..lengang tak de orang..ape tak nyer kami datang time bekerja dan weekday lak tu..bagaikan 'wetworld ni ana yang punya' best tu..praivacy la..masa ni cuma ada 2 keluarga jer..mai, shah n anak-anak ape lagi tak lepaskan peluang bermain la kami sepuas-puasnyer..emmm puas!! iman..ni first time ler dia main pool..tapi dia yang over excited. Atok (emak mertua) tak ikut mandi dia cuma tengok kami..sambil jaga beg. Sambil bermain dapat lak kenalan baru..akak ni Lecturer kat Politek Shah Alam..hanya kami jer yang main masa tu..iman dengan isma dah mengigil kesejukan pun tak nak naik. Sesekali main memang lar best..kat rumah takdok swimming pool la..pool ikan ada ler..pool haq plastik tu adalah...dera ayah dan ibu la pulak..satu hal nak mengepam nyer..ketaq lutut tu...(hehe..mesti kekawan pun berpengelaman macam kami ni...). So, oklah.kenangan beriadah kat wetworld Shahalam ni..best..tak boringpun kalu g lagi..kami seronok sangat masa tu sebab tak ada orang..so masa tu macam la..kita orang ni sewa tempat tu pulak..apa-apapun best..cuti-cuti Malaysia...tengoklah gambar kat bawah tu..kakak siap lampai...tangan dah..ok..jumpa lagi kat lokasi 'cuti-cuti Malaysia' lain pulak..

















Wednesday, February 20, 2008

Iman & Special Activities




Adik baby..biasalah..dgn handphone..bz..(yang bestnye..tak kira sape punye..janji hp)..hehe


Sebenarnya ada beberapa gambar candit berkenaan hobby yang satu ni..gambar tak leh upload lak..nanti ye..lain kali mai uploadkan..bukti-bukti yang adik gemar sangat dengan hp nih..! almaklum..masa dia lahirpun zaman dah IT..mai masa start mengandungpun jaga IT ape tak nyer..


ha..ha hari ni..17hb April 2008, berkesempatan untuk update blog..dan seperti biasa la..nak tunai janji untuk masukkan gambar iman dengan aktiviti dia yang cukup suka dengan handphone.. cerita tentang kesukaan dia pada handphone ni..setakat ni..dah 3 kali dah..hp rosak dek pekena..iman nih..hehe itu lah..habit dia masa mula-mula pandai jalan..sekarang nih dah lain...nak tau pe??? dia sudah pandai menconteng..first2 dinding...satu port jer...now dah tak terkata..dah..dah kategori mural dah...tacap sikit..dah boleh jadi 'galeri isma irdina iman'



Gambar masa raya- kenangan dengan Makde Izzah

Memasing..sibuk possing atas tangga..masa ni..baru lepas balik dari beraya rumah jiran la..kot..tak ingat actually. Tapi yang penting konsep baju same...berbuga merah jambu..jambu nyer..mereka..tu..cyayang nanak bu..! itulah treadmark mai kalu usik anak-anak..macam best jer cakap macam tu...

Nostalgia bersama Makde Izzah




Hari ini..nak share tentang kisah...tentang Mak ude Izzah yang tinggalkan kami..sambung belajar kat UPSI, Tg. Malim Perak. Sebelum ni..dia tinggal dengan kami lebih kurang 6 bulan. Gambar ni..gambar last..(tak ingat date dia la..lebih kurang 18hb disember 2007) kita org g shopping n makan kat luar sebelum 2 hari lg dia balik kampung..uhuhu..sedih la pulak..rindu!


Isma dan Iman ni..mudah manja dengan sesiapa (family je)..masa minggu pertama Makde Izzah gi belajar tu..hari-hari adik n kakak tanya..mana Makde..kenape tak balik lagi..kenape ayah tak bawak balik Makde..sebab ayah dia selalu kalau balik ofis saing dengan Makde Izzah. Sayu..gak tgk mereka..sampaikan Isma berani tidur bilik makde Izzah sorang2...selama seminggu. Sebenornye..bilik tu memang bilik dia..kecik lagi..la ni..tdo dengan adik dia.

Buat Makde Izzah, semoga maju jaya dalam pengajian..tu. Ingat-ingat ler kami kat sini..sesekali nak gak tau kabar nyer orang perak nih!. jangan dok asyik jer sms..boyfriend tu...ok. Luv u.



Tuesday, February 19, 2008

Isma Batrisyia & Her School Activities


Isma Batrisyia sekarang dah berumur 3 tahun 5 bulan..kira 4 tahun la. 19hb September 2008 ni..genaplah umur dia 'empat tahunlah'. Dia mula sekolah dari umur dia 2 tahun 3 bulan. Asalnya saje-saje kalau mai ada kerja..mai hantar ikut hari. Adik dia..kecik lagi masa tu..teacher tak leh terima..so adik mai antar rumah kawan mak cik iaitu Kak Eda di Taman U. Gambar dia first day dengan uniform dia..ada ayah amik gambar..tak de dalam simpanan mai..so nanti mai attach ok..



Gambar ni pulak..masa Isma ada perbarisan Merdeka day..Mana Isma?..eh..tu dia yang kecik sekali..depan sekali tengah berpimpin tangan dengan kawan baik dia..Penny (dak chinese). Masa ni tengah rehearsal..raptai untuk 31 Ogos 2007. Seronok gak..tengok ala kanak-kanak buat persiapan merdeka day. Masa 31Ogos 2007 tu..mai adalah sempat rakam video..nanti a..man-man mai upgrade..this page..letak sekali video masa raptai..memang happening..adik baby dan Makde Izzahpun joint tau..!
Ini..la hari yang ditunggu-tunggu 31hb Ogos 2007, Kena pakai baju kebangsaan..Isma pakai baju kurung hijau..tengah duduk..ala-ala...comel nyer anak bu..!

Monday, February 18, 2008

adik baby- Isma Irdina Iman

Iman mengigau..


Masa ni adik baby..dahpun bangun dari tidur..diapun ada cakap something dengan mai..lepas itu..dia menyandar..terus tidur balik..rupa-rupanya baru la mai sedar yang dia mengigau..la. Benda ni happened around Januari 2008 tapi tak ingat la date dia..

Life Sekarang...

hai..Friends..dan family..biasalah life sekarang..bila dah kawin (tahun 2003) kehidupanku segalanya berubah..almaklum..keluarga dah jadi nombor satu...kerjaya dah jatuh nombor 2..hehe. Kepada kekawan lama...dak-dak ofis dulu..yang kat Rafar Planning, Megarancang, KPRj, AkiPlanner..dan banyak lagi consultant Perancang Bandar..junior ke senior yang kat UTM, Kekawan SMPB dan SKSM..mintak maaf le bebanyak..tak terundang ke majlis Persandingan saya tempohari...harap-harap le di maafkan. Ada yang kad sampai dan ada yang tak...semuanya mintak ler dihalalkan..yer. Alhamdulillah saya selamat menidirikan rumahtangga bersama pilihan hati..(kira cinta 3x pandang ler..hehe) Shahrulizam Abdul Rashid, member la dulu masa kat UTM. Dah ada 2 orang cahaya mata yang comel dan cute..hehe (Syukur..) Isma Batrisyia (4 tahun) dan Isma Irdina Iman (2 tahun). Inilah...gambar puteri-puteri mai..cute..kan..gitulah ada..nyer. Pengikat kasih mai dan suami tersayang. Ini gambar terbaru mereka ketika melawat taman laman Malaysia di MPJBT..la tempat ayahnye berkoje. Sebut pasal anak-anak...pastinya mai tak akan lepaskan peluang menyatakan pengalaman mai bersama mereka..share kegembiraan mai bersama mereka...nanti ye..mai susun bebahanye dulu.

Ini pulak gambar mai bersama-sama mereka..Ayah dia mana?..mana lagi tengah amik gambar kami ni ler..hehe so tak dapat ler possing sekali. Nanti la..mai carikan gambar kami complete 4 beranak..tapi selalunya tak lengkap kecuali gambar masa raya je la..hehe.