Monday, March 10, 2008

ARUS PEMERINTAHAN MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ANDA

hai...sekarang musim pilihan raya..dan dah berakhir dahpun...walaupun kita rakyat biasa-biasa jer..tapi kita membesar dengan pemerintahan parti BN. Hari ni..mai saja jer nak kongsi sikit ape pendapat mai. Mai anak jati malaysia membesar dengan emak dan ayah yang memang parti BN. Tak tau lah..mai ada reason la kenapa mai nak jadi anak malaysia yang ada tanggungjawap..antaranya jadi pengundi. Sebab tu jer peluang yang ada pada mai..selain dari tanggungjawap yang lain. Tak kisah apa partipun yang anda semua nak undi yang penting kita mesti ada alasan mengapa mengundi pemimpin yang kita sokong. Bercakap tentang vision parti, secara kasarnya sama jer..mereka nak memerintah. Tapi kenape anda pilih BN pada masa sekarang ni?..sebabnya nak jaga bangsa untuk jadi pemerintah dan terus jadi peneraju negara..itu sudah pasti..dari zaman kita nak capai kemerdekaan Malaysia. Tapi kenapa anda pilih PAS sebabnya anda nak pemerintahan yang berteras Islam, yang kononya BN menyeleweng tak mengikut landasan Islam..(ni secara kasar jer..tau). Kenapa pilih keadilan? Memperjuangkan segelintir orang melayu yang tersisih kononya dari parti BN, lalu bangkit menegakkan keadilan yang kononya BN tak ada tampok pimpinan yang adil. Mai lebih suka nak share pasal 3 parti yang cukup sinonim dengan orang melayu kita. Sebenarnya jika 3 parti ni bersatu..ianya memang menjadi satu parti yang cukup kuat dan hebat..Tapi Tampok pemerintahan BN sekarang ini memang perlukan parti-parti ini untuk menjadi satu pemerintahan yang baik..dari segi sentimen melayunya dan keagamaanya. Cuma adalah lebih baik jika, BN lebih terbuka kepada pendekatan PAS untuk mewujudkan sebuah negara yang Islamik ianya nampak lebih cantik dan kemas. Tapi itupun yang telah dan yang sedang dibuat oleh Pak Lah dalam mewujudkan perkampungan hadari di Terengganu dan kelantan. Jika dilihat dari segi perancangan bandarnya..ianya cukup lengkap dengan kemudahan dan konsep pembangunanya terutama pada pembangunan rohaniah cukup hebat..semuanya diterjemahkan di dalam pembangunan fizikalnya. Penerapan ini yang masih belum diterima orang orang ramai..orang kampung yang mudah diperdaya oleh parti-parti politik yang menentang kerajaan. Kejatuhan BN hari ini tidak dapat menguasai 100% kawasan undi bukanlah tanda kekalahan, tetapi ianya satu kejayaan...yang mana rakyat menunjukkan reaksi positif kepada pemerintah dan corak kepimpinan. Jentera kerajaan perlu menjalankan tanggungjawap dengan lebih baik dan bersungguh-sungguh untuk rakyat. Apa yang kerajaan buat untuk rakyat..jika dilihat sudah cukup banyak..tapi rakyat kebanyakan orang biasa-biasa aje..bila semua barang naik..memang terasa macam pak lah tak best aje.. anyway..kalau nak cakap memang banyak nih..tapi itu saja ler..buat setakat ni..

Emm satu lagi..nak wish kat Abang Cyang mai ni..TAHNIAH! sebab menjalankan tanggungjawapnye sebagai salah seorang Pegawai SPR dia jadi Ketua Pegawai SPR di Tanjung Adang, Gelang Patah. Cukup dedikasi dan komited.."bro hebatla bro". Dah 2 kali dia telibat..walaupun tak mengundi..tapi kira ok..a..adalah menyumbang pada negara..hehe!. kepada anda yang diluar sana..pastikan ada sumbangan anda untuk negara. Untuk maju kita kena fikir.."Apa sumbangan yang perlu kita buat...bukan fikir apa orang sumbangkan untuk kita.." ingat tuh!. Pastikan anda..kental, sabar..dan macam-macam lah..yang penting anda nak berubah tu jer..berubah untuk baik bukan sebaliknya. Mengenang masa lalu tak salah..tapi kalau asyik saja bercerita tentang masa lalu jer tak elok dok..orang lain dah sampai bulan da pun..kita nak g memang tak mampu..tapi tulah..kena ada paradigma baru. Orang kat luar sana memang suka mengata..pedulik jer..itu dosa dia dengan tuhan...janji anda tak buat salah pada diri sendiri, tuhan dan orang lain, suuudahhhh...Bila..nak berubah..jom..jangan takut gagal..berani untuk gagal..sebab selepas tu kejayaan muncul..ok, Jumpa anda dipuncak jaya..cee..wah macam Dr. Fadzilah Kamsah..

No comments: