Saturday, June 7, 2008

jalan-jalan hey..hey


Salam..sejahtera semua...hari ni saja nak tulis pasal "jalan-jalan cari makan" eh..bukan cari makan..tapi cari pengalaman dan pelajaran yang tak dapat nyer kat kedai-kedai ke..kat sekolah pun idok le dapat... Apa yang mai nak kongsikan ari ini adalah hanyalah sebutir pengalaman yang pastinya dalam lipatan sejarah hidup mai..setelah bergelar isteri dan ibu..

FEBB2005

Gambar disebelah ini ketika mai dan shah pergi ke Pesta Layang-Layang Antarabangsa yang setiap tahun diadakan di Pasir Gudang, Johor sekitar Februari. Pastinya anda ada yang pernah ke pesta layang-layang ni..Pastinya mai bangga sangat, PBT Pasir Gudang berjaya dengan komitment yang jitu membawa nama MALAYSIA menganjurkan acara yang cukup besar. Di sini..biasalah ramai orang, mai dan shah bertolak awal pagi untuk pastikan kami dapat 'parking' kenderaan dengan mudah. Masa ni Isma dalam 4 bulan..tapi syukur dia senang sangat dijaga..tak lah menangis atau meragam. Melihat si kecil teruja bila melihat rekabentuk layang-layang yang unik berterbangan..rasa berbaloi sangat kami pergi ke sana. Bayangkanlah sekecil tupun ..minat tengok pelbagai jenis lelayang ini kan kita..yang dah tua bangka ni...(eh! tua ke..o..o..idok ler tua..,dewasa jer..hehe). Masa ni..kebetulan la pulak terserempak abang senior kita..rasa member DPBW kenal..Abang Mesardin dia berkerja di ALMA Architect. Dia bersama famili Isteri dan anak nyer.





xxxxx2005

Masa ni..kami g zoo Melaka bersama adik dan emak mai. Masa ni Isma sekitar berumur 6 bulan. Tema kami masa ni serba hijau...(boleh gitu,,almaklum...sempena menyokong member kita ni..Ketua Jabatan Landskap kan..)







JULAI 2005

Gambar di atas dirakam ketika Mai dan Shah ke BUKIT MERAH, LAKE TOWN RESORT, PERAK sempena Hari Keluarga MPJBT 2005. Masa ni Isama dah berusia 10 bulan. Di sini kami bercuti 3 hari 2 malam. Cukup indah berada di sini..dan terasa ingin kembali lagi jika ada kelapangan dan peluang. Pengalam yang tak dapat dilupakan..emmm cukup gawat..bangettt! Mau tahu???apa ye..pasti kalian semuanya nak tahu..sebenarnya ini adalah perjalanan percutian paling jauh yang Isma lalui sepanjang 10 bulan dilahirkan... masa tu baru bertolak sampai yon peng Isma menangis tersangat la,,,kuat dalam kereta..samapi mai terasa serba salah kerana masa tu..mai dan shah satu kereta dengan kawan dia..malu..bengangpun ada..selalunya dia tak macam tu...kami sebanarnya tertinggal poteng kopeknya..apa lagi dengan pantas kami exit tol yong peng semata-mata nak cari poteng kopek baru buat Isma..jenuh mencari tak sama seperti poteng kopek yang tertinggal..sure dia tak suka..emm memang sah dia tak suka. Tapi yang peliknya lepas jer kami belikan dia diam menangis...tapi poteng yang baru tu..dia tak berapa suka. Pengajaran yang kami dapat ialah...jangan biasakan anak-anak dengan poteng kopek..effectnya pun tak molek..orang kata gigi boleh jongang la..Anak mai yang second (Iman) memang tak pakai poteng kopek..(hidup lagi selesa dan mudah..tips tu..untuk ibu-ibu baru).


Kat atas tu..gambar mai jer dengan anak ..ni mai postkan pulak gambar Shah dengan anak. Kami happy sangat bercuti di sini. Banyak kawasan rekreasi yang boleh kita pergi antara kawasan pemeliharaan oranh utan, perkampung orang asli selain aktiviti wetworld yang best..seharian kami bermain air. Ape-ape pun sekalung taniah buat Negeri Perak tempat water theme park yang best yang berkonsepkan alam semulajadi. Kawasan yang sunyi dan privacy tu..














ok lah

Monday, May 26, 2008

Mengimbau kenangan lalu..


Ini adalah gambar kenangan semasa Isma Batrisyia baru berumur 2 bln lebih..Belakang tu..rumah limas hasil rekaan Shah.

Saturday, May 3, 2008

HARI KELUARGA MPJBT 2008 DI PD

Hari ni..terpanggil untuk menulis sesuatu..untuk berkongsi cerita..kegembiraan..mai bersama keluarga. Pada 26hb April 2008 yang lalu..Abang mengajak kami sekeluarga pergi menyertai hari keluarga di Port Dickson. Ingatkan kami pasti mandi di pantai laut masin..tapi hanya bercuti di swimming pool..tapi tetap best.. TIARA BEACH RESORT terletak 10km selepas Teluk Kemang.

Setibanya di Tiara Beach Resort kami disambut dengan 2 orang badut yang unik..pasti u all nak tau..nih first time in my life jumpa badut nih...tingginya hingga mencecah syiling..sampaikan Iman dan Isma takut. Sementara tunggu check-in bilik, mai dan anak-anak tengok mereka (pengunjung) mandi-manda kat swimming pool. Biasalah keletah budak..pastinya anak-anak korang pung macam tu dok? sibuk dah nak main air...Iman siap dah buka kasut dia main pasir sekitar kolam tu. Mai sebenornya nak share..tentang ada beberapa peristiwa yang berlaku semasa percuian kami ni...kelakar, tension dan happy...nanti lain kali sambung lagi.

Monday, April 14, 2008

RINDUNYA.. DAH LAMA TAK UPDATE BLOG

hAI...ASsalamualaikum, dah lama betul tak share cerita di blog ni...dah sibuk..a..penat. Tak leh manage time lagi...maybe tak biasa lagi dengan rutin baru ni..hopefully getting ok.. Malam ni nak leh nak tido pulak..sakit perut a...cecampur angin.. dah 2 hari..memang problem sikit rasa sistem penghadaman..harap2 sok ok. Minggu ni got many trouble here..but it under control..Anak-anak tak sihat..kena virus sakit kuku kaki dan mulut..jangkitan dari nursery...a..

Hari ni..nak post gambar-gambar kenangan sewaktu karnival perabot ria pada 1hb Mac 2008 tempoh hari. Gambar kat bawah ni..adalah gambar Iman dengan Mok de Rahi..disambut 2 moskot ala-ala angkasawan...Moskot-moskot tu..cuba nak bermesra dengan Iman..tapi Iman takut..hehe..kesian mok de kena cengkam dengan Iman kuat sangat...



"emmm..atut.atut... " sambil muka berkerut...itu lah Iman masa tu..kami hanya mampu tersenyum..kekadang tergelak gak tengok keletah dia ni..


Ini main entrance masa karnival tu...pintu gerbang ala-ala baloon dengan bentuk roket. Masa ni yang pergi majlis perasmian ni..Emak mertua, kakak-kakak Ipar iaitu kak Rahi dan Kak Nenen dan Faizal (adik ipar), anak-anak saudara iaitu Nani dan Syazani..Shah tak jointpun...ala-ala bz kan dia tu...bagaimanapun kami happy di sini..










Ini pula..kesempatan yang tak boleh ditinggal begitu sahaja..Mai bersama Iman bergambar kenangan bersama Nurul Syuhada personality TV3 yang menjadi pengacara majlis pagi tu..







Kenangan bersama pelakon Sari yang mai cukup minati sebab dia berjaya dengan karektor sebagai Kaisyara...masa berbualpun mai panggil dia Kaisyara..baik orang peramah..cantik..memang cantik.. Oklah setakat tu..jer, gambar yang dikongsikan bersama anda semua. Ape-apepun hari tu..cukup best ke karnival tu..disana sempat juga berkenalan dengan Puan Noraini Margono yang terkenal dengan kepakaranya menjahit langsir..sempat juga membeli buku-buku keluarnya...dia cukup berbakat dan sangat-sangat berinovasi..Bila menjejakkan kaki ke bidang usahawan ni...dia antara idola..saya untuk berjaya..sepertinya..Usahanita yang berjaya...Insyallah. Semuanya tu tidak akn berhasil kalau tiada sokongan orang yang paling mai sayangi...suami tercinta..dan keluarga.

Friday, March 21, 2008

TAHNIAH kepada Ucu Epol n Ucu Ana


Hai...dah 2 hari..hati ni rasa berbunga-bunga sebab dah dapat tengok orang baru..baby ucu ana n ucu epol..setakat ini nama sementara baby..Mohd Faris Muhaimin, cantik namanyer sepadan dengan orangnyer..tengok tak jemu...cute sangat. Sampaikan 'kakak baby' sape lagi..dak iman a..tak senang duduk..kata mak ngah 'nurse'..dok jaga adik baby..

Tahniah kepada ucu teah melahirkan baby yang comel pada 19 March 2008 bersamaan 11 Rabiul Awal 1429H. Semoga menjadi anak yang solleh, bijaksana dan berjaya dalam hidup.
Ini la..dia hero kecil kita..baby aimin..kata nyer dah botak..


Tuesday, March 18, 2008

MAI DELIGHTS selama 2 minggu operasi


Hari ni..genap dua minggu beroperasi..selama tu..ada ler..pahit manis dan payau nyer..bila dilihat balik..menjadi pendorong dan semangat yang berkobar untuk teruskan perjuangan mencapai matlamat. Hari pertama berniaga..dengan semangat dan harapan untuk menjual..syukur apa yang dijual hari tu..habis semuanya..satu permulaan yang memberangsangkan. Pelanggannya dikalangan kawan2 dan sekitar kedai. Hari pertama..biasalah..tak biasa dengan renyahnya kerja di kedai..dengan melayan pelanggan pelbagai kerenah..kami balik pukul 6ptg bermula dengan pukul 9 pagi..penat o..tak terkata. Masa tu mai dibantu oleh adik ipar, faizal. Hari pertama tak jual air sejuk..hanya air panas. Masa tu haru-biru gak nak sediakan air..Balik rumah baru terasa penatnya tak terkata..sampai memerlukan perkhidmatan tukang urut tak profesional...nak tau sape? emmm sape lagi..'abang shah' saya ler. Rasa serik..yang teramat..macam buat kerja sendiri...jer..nak quit ari tu gak..rasanya. Petang tu, kebetulan Kak Rahi call..and then dapat rescue..911 sape lagi..abang soldier kita orang a..abang dollah (pak Ngah) hantar Nani (Kak Long) untuk tolong buat kerja di kedai..rasa semangat balik untuk esok nyer..dan Alhamdulillah sampai sekarang. Boleh katakan..setiap hari..kami mesti perbaiki kelemahan dan kesilapan hari semalam...sentiasa berbincang. Kat kedai tak de sape bos sape kuli..sama jer..apa yang mai buat dengan nani buat same jer. Pelanggan mesti diutamakan. Hari ni..ada lagi peanggan yang kecewa..sebab datang-datang beryani dah habis. So, far kami dapat feedback dari pelanggan yang membina...dan mereka memang mengharapkan beryani ada dekat di kawasan kediaman/kejiranan mereka. Kira strategik a..tempat kami tu..cuma ramai yang complain kedai tak nampak dari jalan besar..tu yang kami kena fikirkan sesuatu...gambar-gambar di MAI DELIGHTS tak dapat nak masukkan lagi..nanti upgrade a...ok

Apa-apepun..mai happy sangat terutama keluarga yang banyak bagi sokongan dan dorongan..untuk teruskan perjuangan...walaupun agak kecewa..sebab mai terpaksa tangguhkan untuk buka stokis ARGEE Marketing yang proper di Pulai Perdana..tapi mai akan teruskan untuk memastikan stok sentiasa ada untuk service down lines dan juga regular customer. Sasaran untuk memperhebatkan marketing...sudah pasti untuk tahun ini.. oklah..ape-apepun sebelum terlupa untuk Ucu Ana and Ucu Epol selamat menimang cahaya mata yang pertama..semoga selamat semuanya.

Just untuk kekawan diluar sana..selamat datang ke MAI DELIGHTS, rasa nasi beryani mai ni..Mai nak attachkan flyers tapi fail berat jer..ape-apepun..jemput datang..rasa jangan tak rasa..baikkkkk punye...! eh salah tu trademark dak Dafi...mai nyer ape yek..nantila fikir2kan. k..adios