Wednesday, January 21, 2009

Salam semua..terima kasih kekawan DPB yang sudi singgah ke Blog Mai ni..Untuk Sams..hai aku rindo ko sesangat..tunjuk gambar anak jer..gambar emak dia mana..(Mai tengok kat blog Ijan). Sarina dan Yaya..ingat gak ea..kat aku ni..long time no see..pastinya aku tengok gambar2 you all kat blog Ijan...TQ Ijan..pertemukan kami di laman blog ko..(ini dah reunion la..secara tak langsung..hehe). Hari ini Mai nak share apa aktiviti yang Mai buat sepanjang minggu ni..tak ler..detail tapi boleh la..setakat nak share yer tak?? Ini gambar Mai tengah buat finalist slide presentation dengan MARA..dah berjayapun present dengan MARA pada 19hb Jan yang lepas ni.. Sem ni semester mencabar ni..kena buat prototype system yang Mai nak develop. Kalau dulu Planning buat map..so sekarang buat sistem la..pulak.

Tadi baru jumpa supervisor dan mentor untuk projek master ni..banyak benda nak kena buat..kena rombak jadual program bebetul..tak tak sempat buat beb..huhuk. Sok appointment lak dgn tokeh beriani..sape lagi..Ghazali lor..(Che Li). Nak interview dia untuk mai nyer assignment Entreprenurial finance & Accounting. Anyway..ginilah nama student la..wei..

Emm asyik cerita pasai Mai je..kan mesti korang rindu nak tau cerita kacang lak..Dia seperti biasa la bz buat xtreame ecover dia.. gambar terbaru dia..ni Mai sertakan..macamana? nak komen ape-ape ker? haha tak yah la..tengok jer..

Masa ni..gambar dirakam di Shah Alam rumah kakak Ipar Mai nak hantar mertua mai gi Haji..Iman siap peace!! lagi.

Saturday, January 17, 2009

Persekolah Isma & Iman 2009

Hari ini dah lebih 2 minggu sekolah..bermula..hari ini adalah hari paling ceria untuk Isma terutamanya..sebab selama 2 minggu ni..dia asyik menangis sahaja bila bangun nak gi mandi..merengek tak nak school. Rupa-rupanya dia kehilangan teman baik dia "penny' telah bermindah ke sekolah yang lain tanpa diberitahu..sedih dia macam orang hilang kekasih. Mai dan Shah juga susah hati..bila tengok dia syik menangis, sensitif, belajarpun tak fokus..Tapi ALHAMDULILLAH..agak malam tadinya dia mimpi berjumpa penny..tu yang happy jer.


Thursday, January 15, 2009

Sembang Petang

Hari sebenarnya tengah serabut sangat coz nak ready presentation tuk MARA pada Isnin yang akan datang ni..19hb Jan 2009. Pasai apa jadi serabut, benda yang nak dituliskanya tak siap lagi. Biasa la..last minute gak yang best. Nak tau tak pengalaman..dah tua-tua sambung belajar..(eh dah tua ke..baru double3 hehe) pehh..pening..berdenyut pun ada a..pickup dah slow..nak kena banyak latih tubi, fokus lebih..staminapun nak kena makan supplement barulah steady..Mula-mula blur kat kelas..coz everything dan sharp and fast..mula2 susah dah accept tapi..semangat kuat nak belajar..Alhamdulillah mai dalam kedudukan yang stabil di dalam kelas. Moralnya..belajar lah selagi terdaya..jangan samapi dah tua-tua baru nak belajar susah sikit. Dulu mai bukan minat sangat IT ni..perkembangan IT pun malas nak ambik tau..bila dah masuk bidang ni..nak tak nak kena tau..bolehlah. Pada kekawan yang minat business IT mai syurkan masuklah bidang ni..rupanya banyak kemudahan yang kerajaan sediakan yang kita tak rebut peluang ni..

Semalam bz settlekan urusan surat pinjaman MARA. Syukur selesai dengan mudah. Hari ini bz buat slide tapi tak sesiap lagi..idea tak mari!!

Ini gambar Prof. Dr Ahmad Zaki, ngajar IT Product management & Consultantcy. Dia baru saja mengulas tugasan kami yang diberikan di dalam kelas. Masa ni..kami disuruh melukis gambaran tentang business. Seronoknya kami dah macam budak-budak balik lukis ala-ala kartun (sebenar tak reti lukis...hehe) Selalunya kelas kami memangg selelu ada kejtan-kejutan (macam AF lah pulak..) kena present on the sport..hari kena melukis dan present. Group mai dapat B+ jer..dalam tugasan ni..takpe ada peluang lagi..boleh redo..Kepada group member (Fana and yana..kita akan perbaiki tugasan tuh..tak kira nak gak A+). Ini gambar yana and fana..ni saja enterframe sebagai penaik semangat..hehe

Tuesday, January 13, 2009

LIFE STUDENT


Hari ini Mai nak titipkan gambar-gambar sebagai student..khas tuk mereka kat luar sana tu..sure rindukan..coz dah lama sangat2x Mai tak update..hehe..(perasan la tuh..ada peminat..ala kita tak glamour).
Gambar di kiri ni..gambar LPU (latihan Pembangunan Usahawan 1) di Teratak Buana, Mersing. Ini gambar classmate yang terdiri dari pelbagai background seperti Sains Kimia, Sains Fizik, Automobil, Sains Komp, IT, Marketing, Kejuruteraan Elektrik dan mai (Town planning). Mai dibarisan belakang 3 dari kanan.Kecik jer..tapi aku masuk golongan senior..mereka nih masing muda-muda lagi dalam 20an.. Ini first kelas masa mai masuk master. Sebelum masuk kelas di UTM, kami kena brainwash kat pantai mersing dulu..ok..masa dah time nanti cerita lagi..pasai study mai kat utm nih..bye

Wednesday, January 7, 2009

preview aktiviti sepanjang 2008



Bermula Kuliah..bermula persekolahan

Hari ini cukup mendebarkan...hantar anak dan juga diri sendiri..takut pun boleh tak pertahankan CGPA sem lepas agar lebih baik..Lecturer macamana..ok ker tak ker..semua dah terjawab. Alhamdulillah ok jer. Cuma ada riak kecewa di muka kawan-kawan kelas..sebab PSF la..tragis tapi seronok dengan pengalaman yang baru masa tu.. Kepada Murni tahniah..dapat 4flat tuh..kami ni tengah tunggu open table jer..nih.! cukup kagum dengan dia nih..memang kaki scorer.

Saturday, June 7, 2008

jalan-jalan hey..hey


Salam..sejahtera semua...hari ni saja nak tulis pasal "jalan-jalan cari makan" eh..bukan cari makan..tapi cari pengalaman dan pelajaran yang tak dapat nyer kat kedai-kedai ke..kat sekolah pun idok le dapat... Apa yang mai nak kongsikan ari ini adalah hanyalah sebutir pengalaman yang pastinya dalam lipatan sejarah hidup mai..setelah bergelar isteri dan ibu..

FEBB2005

Gambar disebelah ini ketika mai dan shah pergi ke Pesta Layang-Layang Antarabangsa yang setiap tahun diadakan di Pasir Gudang, Johor sekitar Februari. Pastinya anda ada yang pernah ke pesta layang-layang ni..Pastinya mai bangga sangat, PBT Pasir Gudang berjaya dengan komitment yang jitu membawa nama MALAYSIA menganjurkan acara yang cukup besar. Di sini..biasalah ramai orang, mai dan shah bertolak awal pagi untuk pastikan kami dapat 'parking' kenderaan dengan mudah. Masa ni Isma dalam 4 bulan..tapi syukur dia senang sangat dijaga..tak lah menangis atau meragam. Melihat si kecil teruja bila melihat rekabentuk layang-layang yang unik berterbangan..rasa berbaloi sangat kami pergi ke sana. Bayangkanlah sekecil tupun ..minat tengok pelbagai jenis lelayang ini kan kita..yang dah tua bangka ni...(eh! tua ke..o..o..idok ler tua..,dewasa jer..hehe). Masa ni..kebetulan la pulak terserempak abang senior kita..rasa member DPBW kenal..Abang Mesardin dia berkerja di ALMA Architect. Dia bersama famili Isteri dan anak nyer.





xxxxx2005

Masa ni..kami g zoo Melaka bersama adik dan emak mai. Masa ni Isma sekitar berumur 6 bulan. Tema kami masa ni serba hijau...(boleh gitu,,almaklum...sempena menyokong member kita ni..Ketua Jabatan Landskap kan..)







JULAI 2005

Gambar di atas dirakam ketika Mai dan Shah ke BUKIT MERAH, LAKE TOWN RESORT, PERAK sempena Hari Keluarga MPJBT 2005. Masa ni Isama dah berusia 10 bulan. Di sini kami bercuti 3 hari 2 malam. Cukup indah berada di sini..dan terasa ingin kembali lagi jika ada kelapangan dan peluang. Pengalam yang tak dapat dilupakan..emmm cukup gawat..bangettt! Mau tahu???apa ye..pasti kalian semuanya nak tahu..sebenarnya ini adalah perjalanan percutian paling jauh yang Isma lalui sepanjang 10 bulan dilahirkan... masa tu baru bertolak sampai yon peng Isma menangis tersangat la,,,kuat dalam kereta..samapi mai terasa serba salah kerana masa tu..mai dan shah satu kereta dengan kawan dia..malu..bengangpun ada..selalunya dia tak macam tu...kami sebanarnya tertinggal poteng kopeknya..apa lagi dengan pantas kami exit tol yong peng semata-mata nak cari poteng kopek baru buat Isma..jenuh mencari tak sama seperti poteng kopek yang tertinggal..sure dia tak suka..emm memang sah dia tak suka. Tapi yang peliknya lepas jer kami belikan dia diam menangis...tapi poteng yang baru tu..dia tak berapa suka. Pengajaran yang kami dapat ialah...jangan biasakan anak-anak dengan poteng kopek..effectnya pun tak molek..orang kata gigi boleh jongang la..Anak mai yang second (Iman) memang tak pakai poteng kopek..(hidup lagi selesa dan mudah..tips tu..untuk ibu-ibu baru).


Kat atas tu..gambar mai jer dengan anak ..ni mai postkan pulak gambar Shah dengan anak. Kami happy sangat bercuti di sini. Banyak kawasan rekreasi yang boleh kita pergi antara kawasan pemeliharaan oranh utan, perkampung orang asli selain aktiviti wetworld yang best..seharian kami bermain air. Ape-ape pun sekalung taniah buat Negeri Perak tempat water theme park yang best yang berkonsepkan alam semulajadi. Kawasan yang sunyi dan privacy tu..














ok lah